Jumaat, 19 September 2008

Binasalah pemimpin-pemimpin Nasionalis, Sekular dan Sosialis Arab !

Petikan ucapan Dr.Sheikh Mahmud Siyam – bekas khatib Masjid Al-Aqsa dan bekas rektor Universiti Gaza, Palestin dalam ceramahnya di Masjid Rusila, Marang, Terengganu pada 18 Ramadhan 1429 / 18 Sept 08 bersama Tn Guru Haji Abdul Hadi Awang. Ceramahnya diterjemahkan oleh Ust Khalil bin Hj Abdul Hadi.
“ dua minggu lepas saya berada di Indonesia, di dalam salah satu dari ceramah-ceramah yang saya sampaikan , seorang telah bertanya kepada saya, “ wahai Sheikh, kenapakah disana negara Palestin dikelilingi negara-negara Arab yang banyak , yang kaya, kenapakah negara-negara Arab tersebut tidak memberikan sumbangan kepada kamu umat Islam di Palestin ? Saya menjawab, bahawa sesungguhnya negara-negara Arab yang kaya tersebut telah meletakkan 3 syarat kepada kami untuk mereka memberikan sumbangan kepada kami:
1) kami mestilah mengiktiraf negara Israel.
2) kami mestilah menghentikan penentangan terhadap Israel.
3) kami mestilah taat dan patuh kepada Amerika.
Dan kami berkata kepada mereka, negara-negara Arab yang kaya itu, bahawa sesungguhnya kami sekali-kali tidak akan menerima syarat-syarat tersebut dan kami tidak akan menerima sumbangan daripada kamu.Kami lebih rela menerima sumbangan daripada umat Islam dari seluruh pelusuk dunia samada di negara-negara Arab atau negara-negara umat Islam kerana mereka tidak meletakkan syarat-syarat kepada kami seperti negara-negara Arab yang lain.

Takbir !!!

1 ulasan:

KERINCHI CORNER berkata...

PENGALAMAN PERIBADI SAYA BERSAMA SHEIKH DR MUHAMMAD BIN MAHMUD AS SIYAM DI BLOG kalamkerinci.blogspot.com