Sabtu, 13 September 2008

“ SKUAD ANAK MUDA ” PANITIA RAMADHAN 1429

“ Assalamu’alaikum wr.wb. Panitia Syahru Ramadhan 1429 Hijriah memaklumkan kepada sidang jama’ah Solat Isya’ , Tarawikh dan Witir sekalian : jumlah kutipan derma untuk malam yang ke-7 berjumlah 150,000 Rp. Seterusnya mengenai tatacara Solat Tarawikh pada malam ini : yang bertindak sebagai imam ialah….dan bilal ialah…diharapkan dapat menjalankan tugas masing-masing dengan sebaiknya. Wallahualam. Wassalamu’alaikum wr.wb. ” Begitulah lebih kurang suara anak muda dalam lingkungan 20-an ini menyampaikan makluman di dalam loghat Acheh yang diselangi bahasa Indonesia sebelum solat Tarawikh . Setiap malam orangnya berbeda. Jumlah mereka sekitar 3-4 orang atau lebih di setiap masjid dan meunasah ( balaisah / surau ).

Siapa mereka ini ? Itulah persoalan yang berlegar dibenak hati dan fikiranku. Selepas Solat Asar petang semalam, saya mengambil kesempatan berbicara dengan salah seorang dari “ skuad anak muda ” ini di tangga masjid. Namanya Taqwallah, asal kampung ini dan belajar di IAIN Ar-Raniry. Seminggu yang lalu, beliau datang ke rumah sewa kami mencari pentazkirah diantara Solat Isya’ dan Tarawikh yang dinamakan KULTUM ( Kuliah Tujuh Minit ) untuk malam itu. Biasalah…hobi tolak menolak memang diminati oleh pelajar Malaysia. “ Ok, InsyaAllah saya akan datang ke meunasah malam ni ” . Tapi maaflah, tangan ni rindu betul nak pegang mikrofon. Dah beberapa bulan tak sentuh alat teknologi ni. So, 7 minit memang tak dapatlah. Confirm terlebih…mungkin jadi KULDUPUM ( Kuliah Dua Puluh Minit )…: )

“ Boleh saya tahu, panitia Ramadhan ni anak-anak kampung ini ke ? ” Ya. Mereka ini anak muda kampung ini. Ramai yang belajar di IAIN. “ Jadi, siapa yang lantik mereka menjadi panitia ini ? ” Ohh, itu inisiatif kami sendiri. Tiada siapa yang lantik. Semuanya atas kesedaran sendiri. “ Tiap-tiap tahun memang ada ya ? ” Ya. Sudah turun temurun. Kebanyakan masjid di Acheh ini, semuanya ada panitia ini di Bulan Ramadhan. Ya Allah, hebatnya mereka ini…macam mana aku nak buat kat Malaysia atau paling kurang kampung aku. Sukar Bapak ya… ( kata-kata hatiku..). Ya, berteori di bilik-bilik kuliah mungkin boleh, tapi pelaksanaannya tidak semudah yang disangka. Manakan tidak, amat susah dan jarang bertemu dengan masjid yang jawatankuasanya ada anak muda atau wakil belia. Sekurang-kurangnya, mereka ini boleh menjadi “ duta ” kepada pengurusan masjid untuk menarik anak muda lain. Tapi….
………………………………………………………………………………………………………….
Malam terakhir sebelum saya bertolak ke Acheh, selepas mengimamkan Solat Isya’ di masjid , saya terus mengubah posisi menghadap kearah sekalian makmum tanpa membaca doa dulu. Dengan menggenggam erat besi berwayar yang boleh membesarkan suara itu, saya terus menyampaikan tazkirah sekitar 20 minit dimulai dengan isu pembatalan Mou diantara 18 IPTS dengan Al-Azhar. Orang kampung tak tahu. Ni peluang aku nak timbuk Umno..khusuk betul makmum mendengar isu Mou. Sentuhan hati mengenai kematian yang bakal menjemput kita turut saya selitkan agar yang hadir ini sedar mereka tidak terlepas dari masalah kerosakan di dalam masyarakat Felda ! Anak tidak berbapa entah berapa orang di setiap Felda. Hidu gam, lumba motor, berkepit atas motor, dalam ladang sawit, dadah, dedah..macam-macam ada..

Masjid benteng pertahanan ummah ! Itu buah saya yang terakhir. “ tolong hidupkan masjid, hidupkan majlis-majlis ilmu, masyarakat sedang di ambang kejahilan yang kian parah. Kita tak mari masjid, pastu orang buat kuliah kita complain. Bila penceramah tak kena dengan kita, kita mengadu kepada pihak berkuasa. Bukan kerana penceramah tak betul, tapi penceramah tak kena dengan jiwa kita. Nak mati macam mana kita ni pas ni ? ”. Ni lah musibah bila masjid diurus oleh individu yang tidak melihat masa depan Islam. Sekadar menunggun elaun bulanan. Makmum akan bertemu jawatankuasa di masjid seminggu sekali, Hari Jumaat. Nak buat cam ner yerk..yang lantik pihak berkuasa. Bukan ahli qariah. Pihak berkuasa pula dapat senarai cadangan AJK dari Umno cawangan..padanlah. Benarlah laporan Ust Aris di dalam blognya tukulbesi.blogspot.com mengenai ‘kehilangan’ separuh makmum dalam solat Tarawikh di Jengka 16 beberapa hari kelmarin. Saya rasa Jengka 16 ni kampung saya…
…………………………………………………………………………………………..
Alhamdulillah, anak muda di sini sebahagiannya mereka yang sedar walaupun masih ramai yang tidak sedar dan separuh sedar. Jadual imam dan bilal Solat Tarawikh, mereka penyusunnya. Kutipan derma setiap malam Tarawikh mereka yang gerakkan tabung-tabungnya. Azan 5 waktu mereka yang laungkannya. Pengumuman masuknya waktu berbuka dan imsak mereka yang war-warkan. Bacaan Al-Qura’n menggunakan kaset-kaset, mereka pasangkannya setiap 5 waktu. Kebersihan masjid mereka yang uruskan. Masjid dihidupkan dengan budaya tadarus sehingga waktu bersahur ! Sudah amalan turun temurun. Jadi..tetangga tak banyak komen. Tapi di Malaysia..mungkin perlu difikirkan dulu agar amalan sunat ini tidak menjadi haram pula akibat kemarahan tetangga dengan bunyi alunan sehingga jam 4 pagi yang mungkin sedikit terganggu masa rehat mereka.

Kehidupan masyarakat Melayu Islam disini sama sahaja dengan kita di Malaysia kebanyakannya.Saudara dari Syria kelmarin minta agar dikongsi pengalaman Ramadhan di Acheh setelah dia menceritakan pengalamannya di Syria di dalam blognya kalamkerinchi.blogspot.com. Jadi perbedaannya kecil aja pak..cumanya disini enggak ada makhluk bernama Najib, Syaiful Bukhari, Ezam dan sesumpah-sesumpah yang sewarna dengannya..

Tiada ulasan: