Ketika berbicara dan berkongsi pengalaman dengan sahabat-sahabat di Aceh yang merupakan aktivis Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia (KAMMI) Cabang Aceh, ketuanya, Sdr.Muaz menyebut “demonstrasi mahasiswa memberi kesan yang besar dalam merubah regim yang memerintah”. Beliau menceritakan detik awal bagaimana regim Suharto ditumbangkan pada 21 Mei 1998 hasil tangan gerakan mahasiswa yang jumlahnya puluhan ribu orang.
Beliau menegaskan, KAMMI bukan lagi berbicara isu-isu yang bersifat kekampusan. Tetapi dilatih menjadi golongan yang berfikir keras, bijak merencana, berani berbicara dan mengeluarkan pendapat, dilatih bertemu para pemimpin negara atau tokoh-tokoh masyarakat, dilatih bagaimana menggerakkan massa melalui demonstrasi dan sebagainya. Pokoknya, penekanan KAMMI kepada anggotanya tertumpu secara khusus ke wilayah politik. Adapun, di peringkat kampus, sudah bertebaran gerakan dakwah kampus yang menggerakkan perekrutan dan pentarbiyahan.
“Kami tidak menyangka bahawa regim Suharto berjaya diturunkan pada tahun 1998 dan KAMMI berjaya mendeklarasikan penubuhan Partai Keadilan Sejahtera (PKS). Alhamdulillah, kami diberi waktu oleh Allah untuk berjaya 10 tahun lebih awal dari target kami yang sebenar” jelas beliau. Kini, kebanyakan anggota Parlimen PKS adalah mereka yang sudah dilatih dengan dunia politik sejak bersama KAMMI.
“Suatu hal yang penting, kita (gerakan mahasiswa) mesti bersifat merakyat…iaitu turun ke bawah, menyelami permasalahan rakyat, suarakan isu-isu mereka, soal kemiskinan, masalah rumah dan sebagainya..menangi hati rakyat. Ketemu para petani, warga desa…akhirnya mereka yang bersama kita ketika turun ke jalan raya pada tahun 1998”. Sebelumnya, rakyat bawahan turun berdemo ala mereka. Amukan dan sebagainya. Namun, bagi gerakan mahasiswa, aksi kita bukan seperti tindakan rakyat, tetapi kita langsung berdiri dihadapan pagar bangunan Parlimen. Di satu sisi, kita telah berjaya mendapatkan dokongan rakyat..akhirnya Mei 1998, kita turun dengan semua lapisan masyarakat. Gerakan mahasiswa kita gabungkan sahaja untuk peringkat awal. Tidak kira mereka berideologi sosialis, komunis, haluan kiri atau kanan..gabungkan sahaja. Selepas regim berjaya ditumbangkan, iya..kita terus dengan perjuangan kita..Islam”
Beliau agak terkesan apabila mendengar khabar teman-teman dari seberang iaitu Malaysia yang bukan sahaja masih minimal dalam memperjuangkan isu rakyat, namun masih dalam tempoh tekanan dan penipuan di peringkat university lagi, bahkan sampai FRU di hantar masuk ke kampus membelasah mahasiswa. Kata beliau, bantahan mesti diteruskan. Jangan hentikan demonstrasi. Gerakkan dari kecil menjadi besar. Bagi KAMMI, senjata ampuh bagi menghadapi regim adalah dengan demonstrasi dan ternyata perubahan besar yang berlaku di Indonesia saat ini sejak 1998 adalah hasil demonstrasi. Beliau juga menekankan keperluan gerakan mahasiswa menguasai media.
Saya kira, ada benarnya teori yang beliau kemukakan ini. Kita boleh menerima kekalahan dalam pilihanraya kampus, namun biar dengan jalan yang benar. Maka, demonstrasi demi demonstrasi di peringkat kampus yang menghadapi beberapa permasalahan dalam pilihanraya baru-baru ini, mesti diteruskan. Jangan hentikan sehingga ada perubahan. Kemuncaknya, gabungkan semua aktivis ini menjadi sebuah gelombang yang besar yang bergerak di tengah kota raya, Kuala Lumpur. Saya yakin, pimpinan mahasiswa Malaysia sudah memikirkan dan merencanakannya. Biarkan anda digelar,mahasiswa tidak matang atau apa pun! Teruskan demonstrasi !
Rasanya saya tidak pernah mengulas apa-apa isu yang melibatkan beberapa permasalahan yang berlaku dalam PAS. Menjadi pengulas hanya ada 2 kemungkinan. Pertama, boleh memahamkan orang dan kedua, boleh merosakkan orang. Namun, untuk kali ini saya memberanikan diri memberi respon kecil.
Saya diantara orang yang sangat menyampah, geram dan marah dengan lagak seorang exco Dewan Pemuda PAS Pusat yang cuba untuk menjadi hero sehingga sanggup mengkritik keputusan Jawatankuasa Disiplin PAS yang diketuai oleh Al-Fadhil Tuan Guru Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dalam isu yang melibatkan YB Khalid Samad (PAS-Ahli Parlimen Shah Alam) dan YB Dato’ Hasan Ali (PJ Selangor-Adun Gombak Setia). Orang lain saya tidak tahu. Betul-betul muak membaca kenyataan peguam yang berlagak ingin jadi ‘pasukan penyelamat’ kononnya atas nama mempertahankan kebenaran, sampai wala’ dan penghormatan kepada pimpinan JK Disiplin PAS pun tiada lagi. Anda boleh baca kenyataan peguam muda ini disini: http://penarikbeca.blogspot.com/2010/01/dolah-karim-juga-akan-digantung.html sulit untuk memahamkan ahli PAS dibawah mengenai konsep wala’ dan thiqah dalam Gerakan Islam jika masih ada individu sebegini! Seolah-olah JK Disiplin PAS penuh dengan orang yang bodoh dan jahil kaedah penyiasatan !
Memang saya bukan kenal pun beliau ini. Tapi pernahlah sekali berkunjung ke rumah beliau atas satu keperluan, tahun 2008 atau 2009. Alhamdulillah, hari ini, Tuan Guru Dato’ Tuan Ibrahim telah memberikan jawapannya kepada peguam bijak yang merupakan Exco DPP Pusat dan Naib.Ketua DPP Negeri Pahang ini. Berikut adalah kenyataannya yang saya copy dari blog beliau: http://tuanibrahim.blogspot.com/2010/02/berada-di-kerusi-pengerusi-jawatankuasa.html
RABU, 03 FEBRUARI 2010 | 18 SAFAR 1431H
Oleh : Dato' Tuan Ibrahim b. Tuan Man
Berada di kerusi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti bukanlah sesuatu tempat yang mudah dan selesa. Ia adalah tempat yang akan menerima pelbagai kecaman dan kritikan, dan di waktu yang sama saya tidak boleh membela diri kerana sebarang jawapan kepada kritikan berhubung keputusan JK Disiplin, akan mendedahkan beberapa maklumat sulit parti, yang tidak perlu diketahui oleh umum.
Sewaktu saya ditawarkan jawatan ini, saya merayu beberapa kali agar melantik orang lain, bukan untuk lari dari amanah, tetapi ianya tidak sesuai dengan jiwa saya. Saya tidak suka menghukum orang, apa lagi untuk menjatuhkan hukuman ke atas sahabat satu jamaah. Bahkan saya sangat bersetuju suatu pindaan Perlembagaan parti perlu dibuat agar Pengerusi JK Disiplin tidak diambil dari kalangan AJK Pusat; kerana ia akan dilihat ‘tidak adil’ terutama bilamana kita terpaksa membicarakan AJK sendiri atau pemegang jawatan parti. Undang-undang bukan sahaja perlu adil, tetapi juga perlu dilihat adil. Mungkin satu masa yang terdekat perkara itu akan dipinda, dan itulah harapan saya. Bukan untuk lari dari amanah, tetapi untuk kebaikan parti yang terus berkembang dan akan pasti berhadapan dengan lebih banyak karenah dalaman.
Bilamana saya dihadapkan dengan kes membabitkan dua tokoh di Selangor , Dato’ Dr Hassan Ali dan YB Khalid Samad, kedua-duanya adalah sahabat baik yang semua orang tahu. Saya mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan Khalid Samad, bahkan kalau ke Shah Alam, Markaz PAS Seksyen 18 adalah tempat penginapanan saya. Di situlah saya berehat dan tidur selepas program di Shah Alam, dan Khalid Samad antara orang terawal saya hubungi, memaklumkan bahawa saya masuk kawasan jajahan takluknya, sebagai Ahli Parlimen. Biasa kami akan berjumpa, minum-minum berbual-bual. Bahkan selepas hukuman dijatuhkan kepada beliau saya hubunginya di luar Negara, memaklumkan keputusan, dan memohon keampunan Allah kalau saya tersilap dalam membuat keputusan kepada sahabat sendiri.
Tapi apakan daya, hukuman dan keputusan terpaksa dijatuhkan. Hanya saya rasa kurang terbeban bilamana keputusan dibuat dengan sebulat suara oleh semua Ahli JK Disiplin. Di kalangan kami ada bekas hakim dan peguam veteran PAS, Dato’ Abd Mutalib Embong dan Tuan Guru Hj Osman, seorang ulamak terkenal yang pernah menuntut di Makkah al-Mukarramah dalam bidang syariah.
Saya memaklumkan kepada YB Khalid Samad, agar menggunakan peruntukan perlembagaan untuk membuat rayuan kepada JK Pusat dan Syura, sekiranya beliau rasa hukuman tidak berpatutan. Saya masih ingat kata-kata beliau sebelum beliau ke luar negara, dalam pertemuan sewaktu membincangkan isu kalimah Allah, beliau berkata: “Kalau ana bersalah, hukumlah, jangan anta rasa berat pulak.” Saya menjawab : “ InsyaAllah, semoga Allah memudahkan urusan ini.” Beliau menyatakan dengan keputusan ini beliau sukar untuk merasmikan mesyuarat agung cawangan –cawangan yang telah membuat jemputan tetapi beliau boleh hadir atas sifat sebagai Ahli Parlimen, dan aktiviti beliau boleh berjalan macam biasa.
Saya teringat bila mana Umar al-Khattab melucutkan jawatan Khalid al-Walid ( bukan menggantungnya ) sedangkan Khalid tidak melakukan apa-apa kesalahan. Khalid terus berjuang sehingga penyokong hairan dengan tindakannya. Mereka bertanya: “Kenapa kamu tidak nampak apa-apa perubahan?” Beliau menjawab: “Aku bukan berperang kerana jawatanku, tetapi kerana Allah!” Bahkan beliau terus mengemukakan cadangan kepada penglima baru bilamana melihat tentera Islam hampir kalah. Inilah semangat Khalid al-Walid. Saya yakin kita perlu mencontohinya.
Kami tidak ada agenda untuk menjatuhkan seseorang atau menaikkan seseorang. Hukuman berdasarkan fakta yang ada di hadapan kami adalah hasil soal siasat dan penghujahan yang lama dan panjang, semata-mata untuk memberi keadilan kepada tertuduh. Kami tidak boleh mengikuti kehendak orang ramai yang hanya berdasarkan andaian, bukan fakta siasatan. Saya yakin pengumuman keputusan akan menjadi tajuk utama berita, kerana media perdana telah memainkan isu ini beberapa waktu sebelumnya dengan pelbagai andaian hukuman. Mereka telah berjaya membawa pemikiran massa kepada satu hukuman jangkaan yang mereka ada agenda tersendiri.
Selepas keputusan diumumkan saya menjangka UMNO akan memainkan isu ini bagi melemahkan pengaruh PAS, khususnya di Selangor. Ternyata andaian saya meleset. UMNO tidak menyerang sebaliknya saya diserang oleh ahli PAS dan rakan-rakan sendiri, yang hadir dalam mesyuarat bersama dan sering berjumpa sama. Kenapa mereka tidak datang jumpa dan bincang terus, kenapa perlu menggunakan media untuk menyerang JK Disiplin yang ditubuh oleh parti dan mempunyai hak dan kelayakan dalam perlembagaan parti? Apa untung bagi parti dengan tindakan tersebut?
Saya sebenarnya cuba untuk menjawab tohmahan itu, tetapi sebarang jawapan hanya akan menimbulkan polimik yang lebih besar dan berpanjangan. Tambahan pula ada beberapa fakta yang ditemui tidak sesuai jadi tatapan umum. Cuma saya bertanya sendirian, kenapa UMNO tidak mengambil kesempatan menyerang sedangkan mereka telah membentuk pemikiran massa ke arah itu. Bahkan yang hebat menyerang adalah ahli PAS atau penyokong PAS. Mungkin kerana simpati terhadap Khalid Samad, atau geram dengan Hassan Ali.
Komentar dari Abdullah Karim saya anggap melampau dan saya difahamkan Dewan Pemuda Pusat akan melakukan sesuatu, dan Pejabat Agong juga akan bertindak. Beliau sebenarnya telah menghantar surat memaklumkan akan mengikuti isteri ke luar negara dalam tempoh yang panjang, dan sehubungan itu beliau melepaskan semua jawatan dalaman parti dan jawatan di peringkat Negeri Pahang. Mesyuarat telahpun menerima permohonan beliau.sayangnya saat-saat akhir sebelum beliau keluar Negara, kesempatan diambil untuk menyerang JK Disiplin Parti. Kritik kemudiannya tinggal.
Saya dukacita kerana beliau seorang peguam, yang memahami prosedur hukuman dan siasatan. Kita tidak boleh menghukum berdasarkan andaian dan kehendak massa. Hukuman mestilah berdasarkan fakta yang kita temui dalam siasatan. Seandainya ada fakta yang terselindung atau yang tudak dikemukan sebagai bahan kes, maka kita tidak boleh mengambilnya sebagai alasan penghakiman. Memang saya akui bahawa beliau ada menghantar satu laporan kepada JK Disiplin, tetapi saya telah maklumkan prosidur bahawa dia kena hantar kepada SU Agong untuk dibuat penilitian, kesahihan penama-penama yang disebut, apakah ia benar ahli PAS atau bukan, sejauh mana ada kes yang boleh dirujuk kepada JK Disiplin atau kes hanya melibatkan urusan pentadbiran parti.
JK Disiplin adalah hakim, bukan badan untuk menyiasat. Takkan beliau tak faham, semua parti politik mempunyai mekanisma yang sama. Bahkan dalam prosedur perundangan biasa pun, mana ada seorang yang dituduh terus diheret di hadapan hakim untuk bicara. Pihak polislah perlu menyiasat, mencari bukti dan menentukan apakah ada kes sebagaimana yang dituduh atau tiada kes. Aduan yang dia buat hanya berupa ‘hear say’, dan dia juga faham dan sudah diberi tahu bahawa aduan beliau tidak boleh diambil tindakan, hanya dengar cakap, tiada bukti. Untuk memanggil orang yang berkenaan dalam pertuduhan beliau, penama tersebut bukan ahli PAS. Kita tiada kuasa memanggil bukan ahli dan apa jaminan ianya tidak bertindak merosakkan nama baik parti sekiranya dipanggil. Ini JK Disiplin parti, untuk menjaga ahli agar tidak melakukan tindakan merosakkan nama baik parti, dan bertindak diluar perlembagaan parti.
Apa yang mendukacitakan saya ialah saya telah jelaskan bahawa inilah prosedur laporan disiplin parti, yang telah diamalkan sejak awal penubuhan parti lagi, dan beliau memahaminya dan menerimanya pada waktu itu, tapi kenapa tiba-tiba dia sanggup mengeluarkan kanyataan menyerang prosedur tersebut. Soal dia tidak berpuas hati dengan hukuman ke atas tertuduh, saya pelik bukan dia yang kena tuduh. Bahkan kalau kita baca tulisan YB Khalid sendiri dia rasa puas hati bilamana segala dakwaan beliau terhadap Hassan Ali dibuktikan benar oleh JK Disiplin, sehingga Hassan Ali didapati bersalah dan dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan yang merugikan PR dan parti. Yang kena hukum berpuas hati, yang tak ada kena mengena pulak tak puas hati.
Sebagai pimpinan kita sepatutnya menyalurkan komentar melalui saluran parti dan memelihara adab dalam jamaah. Semua harus fikir apakah tindakan yang kita lakukan itu menguntungkan parti atau sebaliknya, kerana kenyataan kita bukan keputusan perbicaraan, yang terpaksa berdasarkan fakta dan bahan yang ada di hadapan kita.
Kepada Allah saya memohon ampun andainya tindakan yang diambil tidak tepat dengan apa yang sepatutnya; dan semoga Allah tidak membebankan saya dengan bebanan yang lebih berat di akhirat. Ingatlah, kalau anda tidak boleh membantu jamaah, jangan menyusahkan jamaah.
Wassalam.
Catatan: Anda boleh baca penjelasan dari YB.Khalid Samad diblog beliau: http://www.khalidsamad.com. Terima kasih atas usaha Tuan Guru Dato’ Tuan Ibrahim dan ahli JK Disipilin yang telah berusaha sebaik mungkin dan berhati-hati dalam mengeluarkan keputusan. Bukan untuk puaskan hati mana-mana pihak hatta ahli seluruh ahli Pas tidak bersetuju sekalipun, kebenaran tetap perlu dikatakan dan Takziah Sdr.Abdullah Karim !
Snouck Hurgronje mengemukakan ‘Teori Gujerat’ iaitu Islam masuk ke wilayah Nusantara melalui pedagang-pedagang dari Gujerat, India. Benarkah teori beliau ini atau sengaja dimunculkan untuk menutup kebenaran bahawa Islam benar-benar ‘asli’ datang langsung dari Mekah?
Pertama, sejarawan G.R.Tibbetts meneliti hubungan perdagangan antara para pedagang dari Jazirah Arab dengan pedagang dari wilayah Asia Tenggara. Beliau mengakui bahawa wujudnya bukti-bukti adanya hubungan dagang antara negeri Arab dengan Nusantara saat itu. Ini kerana kepulauan Nusantara telah menjadi persinggahan kapal-kapal pedagang Arab yang berlayar ke negeri Cina sejak abad ke-5 Masihi.
Kedua, sebuah dokumen kuno asal Tiongkok menyebutkan bahawa, menjelang abad seperempat tahun 700 Masihi atau sekitar tahun 625 Masihi ( berbeza hanya 15 tahun selepas Rasulullah menerima wahyu pertama atau 9 tahun setengah selepas Rasulullah berdakwah secara terang-terangan kepada bangsa Arab ), disebuah pesisir pantai Sumatera sudah ditemukan sebuah perkampungan Arab Muslim yang masih berada di bawah kekuasaan Kerajaan Buddha Sriwijaya. Orang-orang Arab bermukim dan telah melakukan asimilasi dengan penduduk tempatan dengan cara menikahi perempuan-perempuan tempatan secara damai.
Dinyatakan juga dalam literature kuno asal Tiongkok tersebut, orang-orang Arab disebut sebagai orang-orang Ta Shih, sedangkan Amirul Mukminin disebut sebagai Tan Mi Mo Ni. Duta Tan Mi Mo Ni iaitu utusan Khalifah telah hadir ke Nusantara pada tahun 651 Masihi atau 31 Hijrah dan menceritakan bahawa mereka telah mendirikan Daulah Islamiyyah dengan 3 kali berganti kepimpinan. Dengan demikian, duta Muslim ini datang ke Nusantara di perkampungan Islam di pesisir pantai Sumatera pada saat kepimpinan Khalifah Uthman bin ‘Affan (644-656 Masihi). Hanya selang 20 tahun selepas Rasulullah wafat (632 Masihi).
Catatan-catatan kuno itu juga memaparkan bahawa para penziarah Buddha dari Cina sering menumpang kapal-kapal ekspedisi milik orang Arab sejak menjelang abad ke-7 Masihi untuk mengunjungi India dengan singgah di Melaka yang menjadi wilayah kekuasaan Kerajaan Sriwijaya pada masa itu.
Ketiga, penemuan dari dokumen asal Tiongkok ini diakui oleh Prof.Hamka dengan menyebut bahawa seorang pencatat sejarah Tiongkok yang mengembara pada tahun 674 Masihi telah menemukan satu kelompok bangsa Arab yang membuat kampung dan mendiami pesisir Barat Sumatera. Penemuan tersebut mengubah pandangan orang tentang sejarah masuknya Islam di tanah air, kata beliau. Penemuan ini diyakini kebenarannya oleh para pencatat sejarah dunia Islam di Princetown University, Amerika, jelasnya.
Keempat, dari berbagai literature menunjukkan bahawa kampung Islam di pesisir Barat Sumatera ini adalah Barus atau disebut juga Fansur, sebuah kota kuno yang berada di kota Singkil dan Sibolga, Aceh (414 km selatan Medan). Saat itu masih termasuk dibawah wilayah kekuasaan Kerajaan Buddha Sriwijaya sehingga mundurnya Sriwijaya, dan berdirinya kerajaan Aceh Darussalam, Barus masuk wilayah Aceh. Mungkin Barus adalah kota tertua di Indonesia melihat kepada seluruh kota-kota di Nusantara, hanya Barus yang disebut-sebut sejak awal Masihi oleh literature-literatur Arab, India, Tamil, Yunani, Syria, Armenia, China dan sebagainya.
Kelima, sebuah peta kuno yang dibuat oleh Claudius Ptolomeus, seorang Gubernor Kerajaan Yunani yang berpusat di Iskandariah, Mesir pada abad ke-2 Masihi, menyebutkan bahawa di pesisir Barat Sumatera terdapat sebuah Bandar perniagaan yang bernama Barousai (Barus) yang terkenal sebagai pengeluar wangian dari kapur barus. Bahkan, dikisahkan bahawa kapur barus yang diolah dari kayu kamfer di sini telah dibawa ke Mesir untuk tujuan pembalseman (awet) mayat pada zaman kekuasaan Firaun sejak Firaun Ramses II atau sekitar 5000 tahun sebelum Masihi.
Kelima, buku Nuchbatuddar karya Ad-Dimasyqi, Barus juga dikenal sebagai daerah awal masuk Islam di Nusantara sekitar abad ke-7 Masihi. Sebuah makam kuno di Kompleks Pemakaman Mahligai, Barus, dibatu nisannya tercatat ‘Sheikh Rukunuddin wafat pada tahun 672 Masihi’. Ini memperkuatkan dugaan bahawa masyarakat Muslim di Barus sudah ada pada era tersebut.
Keenam, sebuah team Arkeologi dari Ecole Francaise D’extreme Orient (EFEO) Perancis yang bekerjasama dengan peneliti dari Pusat Penelitian Arkeologi Nasional (PPAN) di Lobo Tua-Barus telah menemukan bahawa sekitar abad ke-9 sehingga 12 Masihi, Barus menjadi sebuah perkampungan multi-etnik dari berbagai suku bangsa seperti Arab, Aceh, India, China, Tamil, Jawa, Batak, Minangkabau, Bugis, Bengkulu dan sebagainya. Team tersebut menemukan banyak benda-benda berkualiti tinggi yang usianya ratusan tahun dan ini menandakan dahulu kala kehidupan di Barus sangatlah makmur.
Barus dan sekitarnya, banyak pedagang Islam yang terdiri dari orang Arab, Aceh dan sebagainya yang hidup dengan berkecukupan. Mereka ada kedudukan baik dan pengaruh cukup besar dalam masyarakat mahupun pemerintahan (Kerajaan Sriwijaya). Bahkan ada yang ikut berkuasa di sejumlah Bandar. Mereka banyak bersahabat, bekeluarga dengan raja, adipati, atau pembesar Sriwijaya lainnya. Sering juga menjadi penasihat raja, adipati atau penguasa setempat. Penduduknya makin ramai memeluk Islam. Bahkan ada raja, adipati atau penguasa setempat yang turut masuk Islam yang tentunya dengan jalan damai.
Ketujuh, sejarawan T.W.Arnold menguatkan penemuan bahawa Islam masuk ke Nusantara dibawa oleh mubaligh-mubaligh Islam asal Jazirah Arab sejak abad ke-7 Masihi. Setelah abad ke-7 Masihi, Islam mulai berkembang di kawasan ini, misalnya menurut laporan sejarah negeri Tiongkok bahawa pada tahun 977 Masihi, seorang duta Islam bernama Pu Ali (Abu Ali) diketahui telah mengunjungi negeri Tiongkok mewakili sebuah negeri di Nusantara. Bukti lainnya,, di daerah Leran, Gresik, Jawa Timur, sebuah batu nisan kepunyaan seorang Muslimah bernama Fatimah binti Maimun bertanggal tahun 1082 telah ditemukan. Penemuan ini membuktikan bahawa Islam merebak ke Jawa Timur pada abad ke-11 Masihi.
Islam Masuk ke Nusantara Ketika Rasulullah Masih Hidup?
Dari bukti-bukti diatas, dapat kita simpulkan bahawa, Islam masuk ke Nusantara ketika Rasulullah masih hidup.
Pertama, Rasulullah menerima wahyu pertama pada tahun 610 Masihi dan 2 tahun setengah kemudian menerima wahyu kedua (suku tahunpertama tahun 613 Masihi), lalu 3 tahun lamanya berdakwah secara sulit (periode Al-Arqam bin Abi Al-Arqam) sampai sekitar suku tahun pertama tahun 616 Masihi. Setelah itu berdakwah secara terbuka dari Mekah ke seluruh Jazirah Arab. Menurut literature kuno asal Tiongkok tersebut, sekitar tahun 625 Masihi telah ada sebuah perkampungan Arab Islam di pesisir Sumatera (Barus). Jadi hanya 9 tahun sejak Rasulullah mengisytiharkan dakwah secara terbuka telah ada sebuah perkampungan Islam di pesisir Sumatera.
Kedua, melihat catatan sejarah, pada seperempat abad ke-7 Masihi , kerajaan Buddha Sriwijaya telah berkuasa ke atas Sumatera. Untuk boleh mendirikan sebuah perkampungan yang berbeza agama dengan agama rasmi kerajaan (Sriwijaya) iaitu agama Islam, tentu memerlukan bertahun-tahun sebelum diizinkan penguasa atau raja. Harus bersosialisasi dengan baik dulu terhadap penguasa Buddha sehingga akrab dan dipercayai oleh kerajaan mahupun rakyat sekitar. Menambah populasi Muslim di wilayah yang sama ini bererti para pedagang Arab ini melakukan pembauran (percampuran) dengan cara menikahi perempuan-perempuan pribumi dan memiliki anak, setelah semua syarat itu dipenuhi, baru mereka (pedagang-pedagang Arab Muslim) boleh mendirikan sebuah kampung di mana nilai-nilai Islam boleh hidup dibawah kekuasaan kerajaan Buddha ini.
Ketiga, perjalanan dari Sumatera ke Mekah pada abad itu menggunakan kapal laut dan transit dulu di Tanjung Comorin, India kononnya memakan waktu 2 tahun setengah sampai ke 3 tahun. Jika tahun 625 Masihi dikurangi 2.5 tahun, maka kita akan dapati tahun 622 Masihi lebih 6 bulan. Untuk melengkapi semua syarat mendirikan sebuah perkampungan Islam seperti yang dinyatakan diatas, setidaknya memerlukan waktu selama 5 sehingga 10 tahun. Jika ini yang terjadi, maka sesungguhnya para pedagang Arab yang mula-mula membawa Islam masuk ke Nusantara adalah generasi pertama para sahabat Rasulullah, segenarasi dengan Saidina Ali bin Abi Talib R.A.
Keempat, sejarawan Ahmad Mansyur Suryanegara sangat yakin Islam masuk ke Nusantara pada saat Rasulullah masih hidup di Mekah dan Madinah. Bahkan Mansyur lebih berani menegaskan bahawa sebelum Muhammad diangkat menjadi Rasul, saat masih memimpin kabilah dagang kepunyaan Khadijah ke Syam dan dikenal sebagai seorang pemuda Arab yang berasal dari bangsawan Qurasiy yang jujur, rendah hati, amanah, kuat dan cerdas, disinilah Baginda bertemu dengan para pedagang dari Nusantara yang telah menjangkau ke negeri Syam untuk berdagang. “sebab itu ketika Muhammad diangkat menjadi Rasul dan mendakwahkan Islam , maka para pedagang di Nusantara sudah mengenal beliau dengan baik dan dengan cepat dan dengan tangan terbuka menerima dakwah beliau” katanya.
Kesimpulannya
Teori Snouck Hurgronje, oreintalis Belanda yang dihantar ke Indonesia yang mengatakan Islam masuk ke Nusantara melalui pedagang Gujerat, India terbatal. Kerana para pedagang yang datang dari India, mereka sebenarnya berasal dari Jazirah Arab yang berlayar ke Sumatera (Kota Raja atau Banda Aceh sekarang ini) dan singgah di India yang daratannya merupakan sebuah tanjung besar (Tanjung Comorin) yang menjorok ke tengah Samudera Hindia dan nyaris tepat berada di tengah antara Jazirah Arab dengan Sumatera. Pedagang Arab menjadikan India sebagai tempat transit yang strategic sebelum meneruskan perjalanan ke Sumatera mahupun yang meneruskan ekspedisi ke Kanton. China. Setelah singgah di India beberapa lama, pedagang Arab ini terus berlayar ke Banda Aceh, Barus, menyusuri pesisir Barat Sumatera atau ada juga yang ke Melaka dan ke pelbagai pusat perdagangan di daerah ini sehingga ke pusat Kerajaan Buddah Sriwijaya ( sekitar Palembang ), lalu ada yang melanjutkan ekspedisi ke Cina atau Jawa.
Disebabkan letaknya yang sangat strategic, selain Barus, Banda Aceh telah dikenal sejak zaman dulu. Rute pelayaran perniagaan dari Mekah dan India menuju Melaka, pertama-tama diyakini bersinggungan dulu dengan Banda Aceh, baru menyusur pesisir Barat Sumatera menuju Barus. Dengan demikian, bukan hal yang aneh jika Banda Aceh inilah yang pertama disinari cahaya Islam yang dibawa oleh para pedagang Arab.
Catatan:Klik pada gambar untuk besarkan dan lihat kedudukan Barus antara Singkil dengan Sibolga.
Maklumat dari buku: Gerila Salib di Serambi Mekkah – Dari Zaman Portugis hingga Pasca Tsunami. Karya: Rizki Ridyasmara, Pustaka Al-Kautsar, 2006.
Berikut adalah surat-surat dan dokumen-dokumen penting yang membuktikan hubungan erat antara Kerajaan Islam Aceh Raya Darussalam dengan Kerajaan Turki Uthmaniyyah.
Dibawah ini adalah teks transliterasi Surat Sultan Aceh Alaaddin Syah Al-Kahhar untuk Sultan Sulaiman Agung mengenai permohonan bantuan militer dan ahli kemiliteran dari Kesultanan Uthmani untuk melawan bangsa Portugis. Bantuan Turki selanjutnya juga dilampirkan (3 halaman). Surat berbahasa Turki ini bercatatan Jumadil Akhir 973 H/ 7 Jan 1566 M.
Dibawah ini adalah salinan surat Sultan Uthmani, Sultan Salim II untuk penguasa Aceh, Syah Al-Kahharyang memberitahukan tentang pengiriman satu armada angkatan laut beserta sejumlah pelengkapan dan ahli-ahli militer ke Aceh. Surat 4 halaman bertarikh 16 Rabi’ul Awwal 975 H/ 20 Sept 1567 M ini menggunakan bahasa Turki.
Dibawah ini adalah salinan perintah dari Diwan-i Humayun (pemerintah Uthmani) yang ditulis buat Duta Besar Aceh, Husein Efendi yang mengamanatkan padanya untuk menunda pengiriman angkatan laut Kesultanan Uthmani ke Aceh selama 1 tahun. Surat berbahasa Turki 1 halaman ini bertarikh 22 Rejab 975 H / 22 Januari 1568 M.
Dibawah ini adalah petisi 3 halaman dari 63 pemimpin Aceh melalui Gubernor Turki di Yaman dan Hijaz untuk Khalifah Uthmani, Sultan Abdul Aziz yang berisi permohonan proteksi dan persetujuan agar Aceh menjadi kerajaan vassal di bawah Kesultanan Uthmani. Beberapa jenis dan sumber pemasukan Kesultanan Aceh juga disertakan. Surat tanpa tarikh dan tahun 1868 ini menggunakan bahasa Arab.
Dibawah ini adalah terjemahan petisi persembahan Menteri Aceh, deputi penguasa Aceh, serta pemimpin-pemimpin Aceh lainnya yang telah berkunjung ke Mekah kepada Gubernor Turki di Hijazyang berisi permohonan proteksi dan status vassal dari Kesultanan Uthmani. Petisi 1 halaman ini ditulis dalam bahasa Turki pada tahun 1868 M tanpa tarikh.
Dibawah ini adalah teks transliterasi petisi penguasa Aceh yang dikirim ke Mekah untuk disampaikan kepada Sultan Uthmani di Istanbulyang berisi permohonan proteksi dan status vassal dari Kesultanan Uthmani. Teks 1 halaman ini menggunakan bahasa Turki Uthmaniah yang diterjemahkan dari bahasa Arab dan bertarikh 7 Syawal 1298 / 8 Dis 1872.
Dibawah ini adalah petisi 5 halaman dari 25 pemimpin Aceh untuk Turki melalui Duta Besar Aceh, Sayyid Habib Abdurrahman Az-Zahir yang berisi tentang permohonan proteksi dan persetujuan agar Aceh menjadi kerajaan vassal di bawah Kesultanan Uthmani. Tarikh petisi ini pada 7 Syawal 1289 H / 8 Dis 1872 M. Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Arab.
Di bawah ini adalah terjemahan petisi yang dipersembahkan oleh Sayyid Abdurrahman Az-Zahir, menteri dan penguasa Aceh untuk pemegang mandat kuasa Turki di Mekah yang berisi permohonan proteksi dan status vassal dari Kesultanan Uthmani. Petisi 1 halaman ini menggunakan bahasa Turki dengan tahun yang tercatat iaitu 1873 M.
Dibawah ini adalah terjemahan memorandum (muzekkere) persembahan dari Sayyid Abdurrahman Az-Zahir selaku Deputi penguasa Aceh kepada pemegang mandat kuasa Turki di Mekah tentang permohonan proteksi dan status vassal dari Kesultanan Uthmani. Memorandum 1 halaman ini tercatat tahun 1873 M tanpa tarikh dan menggunakan bahasa Turki.
Dibawah ini adalah surat penguasa Aceh, Mahmud Syah kepada Khalifah Uthmani, Abdul Aziz yang dikirim melalui Duta Besar Aceh, Sayyid Habib Abdurrahman Az-Zahir ke Turki yang berisi permohonan bantuan dan proteksi dari Turki. Surat 1 halaman ini tercatat tahun 1873M dan menggunakan bahasa Arab.
Dibawah ini adalah surat daripada Muhammad Daud Syah kepada Khalifah Uthmani, Sultan Abdul Hamid II yang dikirim melalui konsulat Uthmani di Batavia (Jakarta) yang berisi penyataan hubungan yang telah terjalin lama antara Aceh dan Turki, kelicikan Belanda sepanjang perang Aceh dan permohonan bantuan dari Sultan Uthmani untuk menghentikan perang. Surat bertarikh 25 Muharram 1315 H/ 26 Jun 1897 M dan mempunyai 6 halaman ini terdiri dari 3 halaman berbahasa Arab dan 3 halaman berbahasa Melayu.
Saya mula melibatkan diri dengan dunia blog ini pada bulan Ogos 2008 setelah berkali-kali memikirkan untuk mewujudkannya. Saya tidak meletakkan target atau fokos tertentu artikel-artikel, berita atau apa sahaja bahan-bahan yang akan saya sampaikan di sini. Apa sahaja yang berkaitan dengan Islam baik mengenai Dunia Islam dan ummahnya, pengajian dan keilmuan, kemahasiswaan, catatan pengalaman dalam kehidupan dan dakwah, catatan permusafiran di perantauan dan sebagainya yang saya rasakan perlu dikongsi dengan para pembaca, maka saya akan usahakan penyampaiannya. InsyaAllah. Justeru itu anda berhak untuk membaca, memikirkan, menghayati dan memanfaatkannya, namun untuk terus menerima dan bersetuju dengan segala perkara yang saya sampaikan, anda yang lebih mengetahui. Jika ia hanya pandangan peribadi saya, wajar untuk anda tidak terus mengiyakannya. Anda juga boleh sahaja memberikan apa-apa sokongan, dorongan, teguran, pandangan dan kritikan yang membina dengan penuh perasaan mahabbah dan ukhwah Islamiyyah yang dibaluti dengan akhlak terindah. Tiada hari-hari atau kekerapan khusus dalam penyampaian bahan-bahan di sini. Saya hanya menggunakan waktu-waktu kelapangan sahaja. Saya akan terus menulis apa sahaja yang saya fikirkan mendatangkan manfaat dan maslahah kepada Islam dan ummahnya. Sebagaimana hidup memerlukan kepada misi dan visi yang jelas, maka di dalam penulisan ini, saya juga mempunyai misi dan visi. InsyaAllah. Terima kasih atas kunjungan kalian.
Lahir 23 Jun 1986. Sek.Keb.Felda Sena Jengka 16 (1993-1999). Ma'ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini, Bandar Jengka (1999-2003). Kulliah Al-Lughah Wad Din Sultan Abu Bakar,Pekan (2004). Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilam Puri, Kota Bharu (2005-2008). Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Ar-Raniry, Aceh Darussalam, Indonesia (2008-2010). Pemegang Ijazah Sarjana Muda Jurusan Tafsir & Hadith ini kini berkhidmat sebagai seorang pendidik di sebuah sekolah menengah agama (arab) di tengah ibu kota, Kuala Lumpur dan turut menyampaikan pengajian agama dibeberapa buah masjid sekitar. Boleh dihubungi ditalian 019-2069750 atau saifulislam_gema@yahoo.com
من كان يؤمن بالله واليوم الأخر فليقل خيرا أو ليصمت - الحديث
Apa Kata Mereka Pada Islam ?
William Ewart Gladstone ( 1809 - 1898 ) - mantan PM Britain zaman Queen Victoria "selagi mereka ( umat Islam ) berpegang dengan kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari Kitab ini". - ( ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur'an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan )
Theodore Hertzel - pencetus idea penubuhan negara Yahudi ( tulis buku Negara Yahudi : 1895 ) "misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam..jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan jabatan..jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil..laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran - ucapan di Persidangan Yahudi di Basle, Switzerland : 1897.
Lord Cromer - Gubernor Inggeris di Mesir & Sudan telah menulis " bahawasanya tanah jahan yang diberi kemerdekaan itu perlu diserahkan kepada anak negeri yang dapat melangsungkan dasar-dasar dan polisi yang menjaga kepentingan dan keselamatan Barat "
10 Rancangan Kuffar Hancurkan Islam
1) Lenyapkan sistem pemerintahan Islam.
2) Menghapuskan Al-Qur'an.
3) Hancurkan akhlak Muslim, fikiran , hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka mengikut hawa nafsu.
4) Lenyapkan kesatuan kaum Muslimin.
5) Ragukan kaum Muslimin terhadap agamanya.
6) Lemahkan bangsa Arab.
7) Dirikan negara diktator di dunia Islam.
8) Pisahkan kaum Muslimin dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan barangan Barat.
9) Singkirkan tokoh-tokoh Islam dan tamatkan Gerakannya.
10) Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas.