Selasa, 25 November 2008

Muktazilah Moden !

Kalau datang ke Indonesia, anda akan bertemu digerai-gerai atau kedai buku, Majalah Madina. Harganya cuma Rp 25,000. Sekitar RM 10.00.Dengan kulit berwarna dan penampilan yang menarik, pasti ramai yang meminatinya atau terdetik untuk menatapinya. Majalah yang sarat dengan informasi-informasi baru dan isu-isu bekaitan dengan Islam ini diterbitkan setiap bulan oleh Digital Madina yang mempunyai website www.madina.co.id

Tapi, siapa tahu disebalik wajah Islamik majalah ini, terselit beberapa ruangan ‘golongan meragukan Islam’. Jika dibuka pada halaman awal, kita boleh melihat nama Komaruddin Hidayat (Prof.Dr) sebagai Dewan Redaksi majalah ini, Abdul Moqsith Ghazali sebagai penjawab diruangan soal jawab agama (Tanya Madina), Ihsan Ali Fauzi sebagai salah seorang penulis dan Samsurizal Panggabean. Soalnya, siapakah mereka ini sehingga diberi ruang yang sangat luas untuk berbicara dan mengendalikan majalah ini.

Mari kita kenali mereka:

1) Komaruddin Hidayat (Prof.Dr)

Beliau lahir pada 18 Okt 1953 di Magelang. Belajar di Pondok Pesantren Magelang (1969). Sarjana Fak.Usuluddin di IAIN Jakarta (1981). Master dan Phd Bidang Falsafah pada Middle East Technical University, Ankara, Turki (1995). Post Doctorate Research Program di Harfort Seminary, Conecricut, AS selama 1 semester (1997). International Visitor Program (IVP) ke AS (2002).

Sekarang berkhidmat di UIN Jakarta sebagai Guru Besar Falsafah Agama (2001-sekarang). Pensyarah Pasca Sarjana Universiti Gadjah Mada (2003-sekarang). Direktor Pasca Sarjana UIN Jakarta (2005-sekarang). Rektor UIN Jakarta (2006-2010).

Antara penulisan beliau: Masa Depan Agama (1995), Menafsirkan Kehendak Tuhan (2003) dan Wahyu di Langit dan Wahyu di Bumi (2002).

Beliau sebelum ini adalah pembela dan ‘jurubicara’ kepada Nurcholis Madjid ( JIL Indonesia) walaupun sejak akhir-akhir ini beliau tidak berapa aktif lagi menyebarkan fahaman Pluralisme (agama semua sama sahaja).

2) Abdul Moqsith Ghazali

Beliau lahir di Jawa Timur pada 07 Jun 1971. Ia menyelesaikan Sarjananya di UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta. Bertugas sebagai pensyarah di UIN Jakarta. Antara jawatan lain ialah Koordinator Kajian Jaringan Islam Liberal (JIL). Aktif menulis di akhbar Kompas, Tempo, Media Indonesia, Indo Pos dan Suara Pembaruan.

Menjadi editor dan contributor di buku-buku Islam Liberal : Ijtihad Islam Liberal (penyunting) – Jakarta: JIL, Jun 2005 dan lain-lain.

Antara ‘fatwanya’ : “menurut saya, pernikahan tersebut (perempuan Muslimah dengan lelaki Katholik) tetap sah dengan berlandaskan kepada 2 argumen berikut- Pertama: tidak dijumpai nas dalam Al-Qur’an yang melarang secara sorih (jelas) dan larangan-larangan ini hanya ada didalam buku-buku tafsir dan tidak ada dalam Al-Qur’an. Pada hemat saya, ketiadaan dalil dalam Qur’an adalah dalil bagi bolehnya pernikahan tersebut”.

Bila ditanya oleh seorang ibu yang anaknya ingin murtad, beliau menjawab dengan mengemukakan 3 ayat : (Al-Kafirun: 6), ( Al-Kahfi: 29) dan ( Al-Baqarah: 256). Maka berdasarkan ayat ini maka cukup jelas bahawa manusia itu tidak dipaksa untuk memeluk satu agama dan keluar dari agamanya. Tuhan memberi kebebasan penuh kepada manusia untuk beriman atau tidak, beragama Islam atau tidak. Kalau tuhan tidak memaksa hambanya untuk beriman, maka lebih-lebih lagi orang tuanya”.

“Namun sekiranya dia telah tetap hati untuk pindah agama, maka tidak ada pilihan lain kecuali ibu mesti mengikhlaskan pemergiannya ke agama lain itu. Sesuai dengan perintah Qur’an diatas, tidak boleh ada pemaksaan menyangkut perkara agama”.

3) Ihsan Ali Fauzi

Beliau adalah kandidat doctor di Ohio State University Columber, AS. Selesai Sarjana di di Ohio Universiti Athens, AS. Beliau antara orang awal yang menyerukan Liberalisme Islam. Bersama Ulil Absar Abdalla, beliau mendirikan Jaringan Islam Liberal (JIL).

4) Samsurizal Panggabean

Beliau menghabiskan 2 sarjananya di jurusan Tafsir Hadith Fak.Syariah di IAIN Sunan Kalijaga, Yogyakarta dan Jurusan Hubungan International Fisipol UGM. Menulis buku : Wajah Islam Liberal di Indonesia (2002). Beliau menyeru agar Metodologi Tafsir dikembangkan selaras dengan kesedaran Islam Liberal.

Mereka inilah antara watak-watak utama yang memperluaskan JIL di Indonesia. Ya, di Malaysia majalah Al-Islam pernah menjadi ‘tapak’ golongan Muktazilah ini yang pernah menafikan adanya azab kubur, siksa hari Qiamat. Saya tidak tahu manusia itu masih ada lagi atau tidak di Al-Islam.

Catatan : Nantikan pendedahan berikutnya mengenai tokoh-tokoh besar JIL di Indonesia yang turut menganut ‘Pluralisme’ iaitu fahaman bahawa semua agama adalah sama, benar dan semua akan ke syurga. Jangan terkejut, ada dikalangan pensyarah-pensyarah ini yang menguruskan pernikahan pasangan yang berbeza agama khasnya pelajar Islam dan Kristian di Jakarta.

Isnin, 24 November 2008

Sang Murabbi ke Malaysia

Sebuah filem yang memaparkan kisah kehidupan seorang insan yang dipenuhi pengorbanan, kesungguhan, kesabaran dan istiqamah sebagai da’ie kepada ummah. Zaman remajanya penuh sibuk dengan gerakan dakwah. Usia tua terus dihabiskan untuk urusan dakwah. Bertemankan seorang isteri yang sangat tabah, cukup memahami, memangku tugas suami dirumah, menjadi penyokong, pendorong dan penenang suami dikala letih pulang dari memikirkan kepentingan Islam dan ummahnya. Nada yang lembut, prinsip yang tegas membuatkan beliau dihormati teman dan lawan dalam arena politik Indonesia sebagai anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) – ahli Parlimen. Itulah sosok tubuh Al-Marhum Kiyai Haji Rahmat Abdullah ( Sang Murabbi ). Beliau merupakan guru tarbiah kepada Partai Keadilan Sejahtera ( PKS ) Indonesia. Pelbagai buku-buku dan artikel tentang dakwah hasil tulisannya bertebaran di seluruh Indonesia.Beliau kembali ke rahmatullah tahun 2005 yang lalu.

……………………………………………………………………………….

Sesuai ditonton oleh sesiapa sahaja khasnya kader-kader dakwah di bumi Malaysia, pimpinan gerakan Islam, pimpinan mahasiswa Islam dan sesiapa sahaja yang ingin hidup diatas jalan dakwah, bersedia hadapi susah dalam perjuangan, rela memikir masalah ummah lebih dari kepentingan diri dan sebagai motivasi agar terus istiqamah. File mini dilakonkan oleh sebahagian besar kader-kader yang telah menerima tarbiah PKS dan bintang filem Indonesia yang rata-rata telah merasai suntikan dakwah dari PKS.

Fund Raising Da'wah & Fardiyah di Malaysia

&

Penayangan Filem Sang Murabbi

30 Nov 2008

Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan

Jalan Duta, Kuala Lumpur

Maklumat Lanjut:

sang-murabbi.blogspot.com

atau hubungi wakil PKS di Malaysia ( Ust Henry Munif )

+60162429157

Ahad, 23 November 2008

SEPILIS : Wabak Merbahaya di IAIN dan UIN !

Keterangan: IAIN adalah Institut Agama Islam Negeri (pengajian Islam mendominasi)

UIN adalah Universiti Islam Negeri (pengajian bercampur pelbagai bidang)

Hari Ahad minggu lalu, 16 Nov, ahli jawatankuasa Musolla Az-Zilal, Fakultas Usuluddin menganjurkan satu program rehlah ke pantai, di Acheh. Khas untuk pelajar-pelajar baru di Fakultas Usuluddin IAIN Ar-Raniry. Alhamdulillah, pelbagai pengisian-pengisian bagi mengisi roh dan jasad diseimbangkan bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Lebih 50 orang peserta mengambil bahagian. Antara yang menyampaikan pengisian ialah Ust Shafie, yang merupakan bekas pimpinan mahasiswa .

Selepas selesai menyampaikan ceramah, kami beberapa orang memperkenalkan diri sebagai ‘orang seberang’. Gembira sekali Ustaz bila tahu kami dari Malaysia. Maka keluarlah soalan yang pertama, “bagaimana tinggal disini, ok nggak ?” Alhamdulillah, ok je, kami menjawab. “ Belajar bagaimana ?” emmm..ok juga..tapi…ada yang berbeda Ustaz”. Maksudnya ? Disini bi’ahnya agak mengejutkan kami saat tiba dulu ustaz”. Sekarang udah biasa, “ saya memberi penjelasan. “Pelik sekali ustaz, bersalam lelaki perempuan udah jadi adat ya ?” Kadang-kadang pensyarahnya pun sama ustaz. Pakaian pelajar perempuan tak macam pusat pengajian Islam. Nasib baiklah tudung wajib walaupun rambut terkeluar macam budak sekolah rendah baru belajar pakai”.

Ustaz….tersenyum. “Akhi, inilah masalah kita. Bukan tempat anta saja begini. Dulu ana di UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta. Tinggal solat itu biasa aja akhi bagi pelajar disitu. “ Jadi, ini kejayaan Jaringan Islam Liberal ya ustaz ?” kami mencelah. “Ya. Hampir kesemua UIN dan IAIN ini tenaga pengajarnya ada ‘orang-orang’ mereka. Sengaja dimasukkan. Mereka dibiayai. Ada dana khas membantu mereka. “ Mereka ini ada yang mengajar pengajian Islam Ustaz. Jadi bagaimana boleh mendokong Islam Liberal ? “ Memang kebanyakan mereka orang yang ada asas agama, tapi perlu diingat akhi…sebelum mereka dimasukkan ke UIN atau IAIN, mereka juga pernah mendapatkan pendidikan di beberapa negara Eropah. Disitulah mereka menerima doktrin-doktrin ini.” Jelas Ustaz pada kami bertiga.

Betul juga apa yang Ustaz ni cakap, “ getus hati saya. Pernah juga ada beberapa orang Muslimat yang datang dari Malaysia memakai purdah, diberi komentar oleh pensyarah di IAIN Ar-Raniry. Pelik betul, yang melepak lelaki perempuan, bercampur bebas tak kata apa pula. Hasil maklumat yang kami terima, kebanyakan mereka yang menjadi pensyarah ini rata-rata mesti ‘dicelup’ sebentar dimana-mana Universiti di Barat walaupun mereka pernah belajar di Institut Pengajian Tinggi Islam di Indonesia. Mereka inilah yang menimbulkan pelbagai keraguan kepada pelajar di bilik-bilik kuliah tentang Islam. Latar belakang mereka hanya dua sahaja. Samada mereka ini pernah belajar di Negara Barat ataupun mereka bukan dari Universiti Timur Tengah. Betul ! Mana-mana yang pulang dari Timur Tengah seperti Al-Azhar tidak jadi begitu.

“Akhi, UIN dan IAIN makin parah sekarang dengan masalah ini. Anta tahu, sebelum ini pensyarah di UIN Semarang sendiri hina Allah. Ketika didalam kelas dihadapan mahasiswa beliau menyebut , “ kita jangan berbuat Syirik kepada Allah. Jangan menduakan Allah”. Lalu dia menulis kalimah ‘Allah’ diatas sehelai kertas dan meletakkannya dilantai. Tanpa rasa bersalah dia memijak kalimah Allah ini dengan kasutnya. Pantas dia menyebut kepada pelajar, “ ini hanya tulisan sahaja, bukan Allah yang sebenar. Jadi tidak perlu kita takut untuk pijak”.

Subhanallah ! Kami terkejut gila.. “ Akhi, banyak lagi contoh lain. Dalam minggu orientasi disebuah UIN, panitia program iaitu abang-abang senior berkata kepada pelajar baru “sekarang kamu semua berada di ‘Area Bebas Tuhan”. Jadi antum dari Malaysia mesti berhati-hati dan bersiap sedia. Alhamdulillah, disetiap kampus kita ada Lembaga Dakwah Kampus (LDK). Antum bantulah mereka…Memang sasaran utama Jaringan Islam Liberal ialah kepada mahasiwa di UIN dan IAIN." "InsyaAllah Ustaz, kami menjawab. Memang bimbang duduk sini kalau siapa yang datang tiada asas dan fikrah yang jelas. Pasti akan bersetuju dengan semua pandangan pensyarah.

Inilah penyakit yang umat Islam di Indonesia khasnya pertubuhan-pertubuhan Islam gelarkan ‘SEPILIS’. Ringkasan perkataan ‘Sekularisme, Pluralisme, Liberalisme (SEPILIS). Bukan penyakit kelamin tau…

Catatan : Nantikan artikel seterusnya yang akan membongkar mengenai kegiatan ‘Pemurtadan Secara Halus’ di IAIN dan UIN ini. InsyaAllah, saya akan senaraikan 50 orang tokoh Islam Liberal Indonesia yang sebahagiannya adalah lepasan dari UIN atau IAIN bahkan masih ramai yang berkhidmat sebagai pensyarah yang sengaja ‘diutus’ oleh Musuh Islam !

Sabtu, 22 November 2008

Lagi Gambar Syuhada' Memali

Assalamua’laikum, rasanya masih tidak terlambat untuk saya sambung sikit lagi mengenai Tragedi Memali sebagai sambungan pada artikel sebelum ini.

Berikut adalah sebahagian gambar-gambar syuhada’ Memali 19 Nov 1985.

Ust Ibrahim Mahmood@Ibrahim Libya banyak membicarakan tentang Mati Syahid.
Wanita dan anak kecil menjadi benteng pertahanan menghadapi aparat pemerintah.
As-Syahid Ust Ibrahim Libya
Salah seorang syuhada' Memali
Tenang setelah menemui syahid

Khamis, 20 November 2008

Batal Mou Al-Azhar : Kedutaan Malaysia Tidak Bertanggungjawab !

Laporan dari www.harakahdaily.net :

Batal MoU, PM digesa siasat kedutaan

Intan Abdullah | intan@harakah.net.my
Thu | Nov 20, 08 | 5:18:55 pm MYT

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Hrkh) -Pemuda PAS Pusat mendesak Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi agar menjalankan siasatan terhadap Kedutaan Besar Malaysia di Mesir yang gagal mengambil tindakan menyampaikan surat rayuan pembatalan MoU bersama Universiti Al-Azhar.

Dalam satu memorandum yang diserahkan kepada Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Dato' Ahmad Yaakob yang berjanji akan membawakannya kepada Abdullah.

Naib Ketua Pemuda PAS, Ustaz Azman Shapawi berkata pihaknya menggesa Perdana Menteri menyemak kembali integriti Kedutaan Malaysia di Mesir setelah difahamkan terdapat surat yang dihantar Abdullah bagi menarik semula keputusan pembatalan perjanjian kerajaan Malaysia dengan universiti tertua di dunia itu.

"Ia merupakan harapan semua IPT yang dibatalkan MoUnya agar disambung semula, kerana ia adalah masa depan pendidikan Islam secara amnya di Malaysia," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Namun, berdasarkan maklumat yang diterima Azman, pihak kedutaan tidak menjalankan peranan dan tanggungjawab yang diberikan Abdullah dengan tidak menyerahkan surat tersebut kepada pihak Al-Azhar.

"Setakat ini, kami mendapat maklumat bahawa pihak kedutaan tidak mengambil sebarang tindakan yakni tidak menyerahkan surat tersebut kepada kedutaan Malaysia di Kaherah.

Pihaknya juga curiga dengan keengganan Kedutaan Malaysia Mesir yang diketuai oleh Dato' Zainal Abidin Abdul Kadir dalam mempermudahkan urusan penghantaran pelajar Malaysia melanjutkan pengajian ke Mesir.

"Kita mendapat maklumat yang sahih mengenai tindakan pihak kedutaan mendedahkan sikap mereka yang tidak membantu proses muadalah ini diteruskan - tetapi ianya tidak dapat disebarkan atas sebab keselamatan.

"Ini secara tidak langsung akan mengorbankan masa depan pelajar pengajian Islam yang ingin melanjutkan pengajian di sana malah peruntukan pendidikan yang diperolehi juga tidak setanding dengan pelajar jurusan lain," ujarnya.

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa pelajar jurusan selain pengajian Islam tidak menghadapi tekanan mengenai kemasukan ke universiti tersebut.

"Yang hairannya, hanya pelajar yang menuntut jurusan pengajian Islam sahaja yang terpaksa berdepan dengan kerenah dan masalah seumpama ini. seddangkan pelajar perubatan dan lain-lain tidak pula menghadapinya," katanya lagi.

Menurutnya juga, sebelum ini Pemuda PAS telah mengambil inisiatif dengan menghantar wakil mereka bertemu pihak pengurusan Universiti Al-Azhar bagi memperhalusi isu sebenar di sebalik pembatalan MoU tersebut.

Memorandum mendesak kerajaan Malaysia campurtangan terhadap isu penarikan keputusan pembatalan MoU oleh Universiti Al-Azhar tersebut diserahkan rombongan pemuda PAS pada 20 November lalu di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Ia ditandatangani oleh kira-kira 25 organisasi mahasiswa dan Institusi Pengajian Tinggi yang terlibat dengan program muadalah ini.

Turut serta mengikuti majlis serahan tersebut Setiausaha Pemuda, Ahmad Sabki Yusuf; Ketua Pemuda PAS Wilayah, Kamarulzaman Mohamed dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Selangor, Mohd Sany Helmyzan. - mks._

Catatan: Terima kasih DPP Pusat atas kesungguhan membela mahasiswa pengajian Islam yang dinafikan hak untuk ke Mesir. Bukan ini kali pertama institusi pengajian Islam dizalimi. Rekod kejahatan Barisan Nasional terhadap institusi agama sudah tersimpan didalam sejarah. Kepada sahabat-sahabat yang berada diluar Negara : Janganlah bimbang sangat untuk melibatkan diri secara agresif dengan perjuangan dan tarbiah semata-mata bimbang pulang nanti sukar dapat kerja, sijil tak diiktiraf dll. Rezeki dan kerja, Allah dah susun sejak dalam perut mak antum lagi.Janganlah ajar diri jadi penakut sangat. Rugilah belajar tentang Aqidah !!!

Rabu, 19 November 2008

Isu Pembatalan MOU Al-Azhar : TAHNIAH DEWAN PEMUDA PAS PUSAT.

Laman web www.harakahdaily.net hari ini ( Rabu ) melaporkan bahawa Dewan Pemuda Pas Pusat (DPP) akan mengambil sikap tegas bertemu dengan Perdana Menteri, Abdullah Badawi bagi menghantar memorandum meminta pihak kerajaan campurtangan dalam isu pembatalan Mou diantara Al-Azhar dengan 18 buah IPTS di Malaysia.

Sebelum ini, mahasiswa di 18 buah IPTS ini telah mengambil inisiatif berani dengan menubuhkan satu pakatan yang dikenali dengan nama Gabungan Mahasiwa 18 Ipts Membantah Pembatalan Mou Al-Azhar (BANTAH) bagi memperjuangkan isu ini.Antara front mahasiswa yang terkehadapan terlibat secara langsung memberikan dokongan kepada mahasiwa di 18 Ipts ini ialah Gabungan Mahasiwa Islam SeMalaysia (GAMIS) dibawah kepimpinan Sdr Dzulkhairi. Himpunan mahasiswa bersama GAMIS dan BANTAH diadakan dihadapan Pejabat Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya pada 08-08-2008 yang lalu.

Pelbagai alasan diberi oleh pihak kerajaan bagi meredakan kemarahan mahasiswa dalam isu ini. Namun, tidak semudah itu untuk mereka menelannya. Pembatalan ini cukup membimbangkan dan menakutkan mahasiwa untuk menyambung pengajian di IPTS-IPTS berkenaan. Yang tenang, menjadi takut. Yang takut menjadi bertambah penakut seolah-olah UMNO lah 'malaikat penjaga rezeki dan pemberi kerja'.

Artikle-artikel mengenai isu pembatalan Mou ini, anda boleh baca di blog sahabat saya, Pengerusi BANTAH di http://misteraim.blogspot.com/

Petikan dari harakahdaily.net :

Kempen Hapus ISA, Pemuda PAS akan himpunkan 100 ribu

Anis Nazri
Wed | Nov 19, 08 | 7:36:24 am MYT

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Hrkh) - Pemuda PAS akan menggerakkan kempen secara besar-besaran bersama-sama GMI bagi mendesak kerajaan menghapuskan akta kejam ISA, pada 23 November ini.

Kempen yang akan diadakan di Dataran MPAJ itu dijangka bagi menghimpun kira-kira 100,000 orang pada Mac depan, sebagai acara kemuncak kepada kempen berkenaan.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan, kempen tersebut sebagai usaha meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat, selain menunjukkan komitmen rakyat yang tidak mahukan kezaliman tersebut.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan dewan itu, di pejabat parti itu, di Jalan Raja Laut,baru-baru ini.

Dalam sidang media itu juga, mereka turut menyatakan bahawa himpunan tersebut akan melibatkan NGO-NGO dan pimpinan Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu, Pemuda PAS akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung pembatalan MoU antara kolej-kolej agama negeri dengan Universiti al-Azhar.

"Pembatalan MoU ini menyebabkan lebih daripada 18 kolej dan pusat pengajian tidak dapat menghantar pelajar untuk menyambung pelajaran mereka ke sana.

Sehubungan itu, Pemuda PAS akan menghantar memorandum kepada Abdullah supaya campurtangan dalam isu pembatalan MoU tersebut pada 20 November ini. - mks.

Catatan : Untuk sahabat-sahabat yang berada di Malaysia khasnya sekitar Lembah Klang yang ingin turut serta dalam penghantaran memorandum bersama DPP Pusat pada 20 Nov (Khamis) diharap dapat merujuk kepada mana-mana pimpinan GAMIS terlebih dahulu untuk kepastian.

Hidup Mulia atau Mati Sebagai Syuhada'








Selasa, 18 November 2008

Lagi Karamah Syuhada'

Subhanallah. Awan membentuk kalimah Allah diatas rumah As-Syahid Amrozy dan Ali Ghufron. Foto ini dikirim oleh seorang hamba Allah yang turut ziarah ke rumah as-syahid pada hari kematian kepada media Muslimdaily. Ianya diakui oleh Pak Michdan daripada Team Pembela Muslim dan isteri as-syahid sendiri. Artikel mengenainya boleh dibaca di http://www.muslimdaily.net sekarang juga.

Malaysia Tanah Airku : Tragedi Memali 1985

Memperingati Ulang Tahun ke-23

Tragedi Berdarah Memali

( 19 Nov 1985 – 19 Nov 2008 )

Tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Beliau yang mesra dengan panggilan Ust. Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud merupakan pendakwah tanah air yang sebelumnya pernah berkhidmat bersama Pusat Islam Malaysia. Beliau yang telah sekian lama bersama PAS akhirnya mengambil keputusan meninggalkan Pusat Islam bagi meluaskan lagi ruangnya memberikan perkhidmatan kepada Parti Islam walaupun khidmatnya sangat diperlukan oleh Pusat Islam sehingga beliau pernah dii’tiraf sebagai pendakwah terbaik.

Dengan suaranya yang lantang dan tegas menghadapi kezaliman-kezaliman pihak pemerintah ketika itu yang diketuai oleh Perdana Menteri Tun.Dr Mahathir bin Mohamad, setiap majlis-majlis pidatonya pasti dihadiri oleh ribuan pendengar dikalangan penyokong dan pendokong gerakan Islam. Internal Security Act (ISA) yang dikuatkuasakan oleh pemerintah adalah merupakan diantara perkara yang sangat kuat ditentang oleh beliau selain dari sikap pemerintah yang dilihat tidak memandang Islam sebagai ‘Aqidah Negara serta jalan penyelesaian masalah ummah. Ditambah lagi dengan peribadi pemerintah yang dicemari amalan korupsi dan sebagainya membuatkan Ust Ibrahim begitu bersungguh dalam memberi semangat kepada ahli PAS agar berazam untuk membuat perubahan dalam kepimpinan Negara.

Sokongan dan dokongan kuat dari ribuan umat Islam di Malaysia yang mencintai perjuangan Islam menjadi ‘mimpi ngeri’ kepada pihak pemerintah. Ianya begitu menakutkan mereka yang mengimpikan kekuasaan dapat dipegang selama-lamanya. Akhirnya, pelbagai tuduhan, fitnah dan label-label jahat dilemparkan kepada PAS khasnya Ust. Ibrahim Libya. Alasan-alasan dicipta bagi membolehkan pihak pemerintah dengan mudah menangkap Ust. Ibrahim. Kerjasama antara pemerintah dengan pihak keselamatan mula dilakukan dengan hebat.

Menjelang operasi penangkapan, Kg.Memali dipantau dan dikepung hampir seminggu lamanya. Pertambahan bilangan anggota keselamatan dari sehari ke sehari persis ingin menghadapi satu bala tentera musuh yang besar atau pengganas yang sangat merbahaya yang diperlukan segera. Cerita-cerita karut yang direka mengenai kegiatan Ust. Ibrahim dan pengikutnya di Kg. Memali disiarkan di dada akhbar bagi mengelabui mata orang awam. Ust. Ibrahim yang istiqamah mengajar anak-anak muridnya dikalangan orang tua dan anak muda di Madrasah yang dibinanya dimaklumkan mengajar fahaman salah dan sesat. Semuanya berlaku dalam tempoh menjelang operasi.

Sangat dahsyat. Tanggal 18 Nov 1985, hampir segenap penjuru kampung telah terkepung, dibimbangi ada sasaran yang terlepas keluar. Penduduk Kg. Memali yang begitu setia bersama guru mereka terus bermunajat kepada Allah memohon keselamatan dan bantuan. Persiapan persenjataan ala kadar dengan senjata ‘orang kampung’ disediakan kerana bagi mereka mempertahankan diri dan nyawa yang diancam adalah satu kewajipan yang sangat besar. Namun apalah sangat dengan senjata ‘orang kampung’ berbanding pihak pemerintah yang mengahantar bala tentera dengan kelengkapan seolah-olah menghadapi peperangan yang besar. Berpuluh-puluh kereta perisai disediakan, lori water canon, gas pemedih mata, senjata, pelbagai jenis polis disediakan termasuk Pasukan Polis Hutan dan segala macam kelengkapan lain.

Anggota polis berpecah kepada dua kumpulan akibat berlainan maklumat yang diterima mengenai siapa sasaran dalam operasi ini. Ada yang mendapat maklumat, mereka akan menggempur perkampungan saki baki Komunis dan ada yang mendapat maklumat mereka akan menghadapi kumpulan pemberontak kerajaan. Namun, atas arahan dari pemimpin tertinggi pasukan polis yang mesti ditaati, mereka akur juga walaupun ada yang mengetahui bahawa dihadapan mereka bukanlah Komunis. Selepas kejadian, maklumat diterima bahawa pada malam serangan ingin dilakukan iaitu malam 18 Nov tersebut, sebahagian anggota polis bersuka ria dan berpesta besar di sebuah balai polis di Negeri Kedah. Antara anggota polis yang terlibat didalam operasi ini termasuklah dikalangan mereka yang bukan beragama Islam.

Antara watak utama dibelakang operasi yang disebut ‘Ops Komunis’ ini, Musa Hitam (Tim.PM), Dato’ Yahya Yeop (pemimpin tertinggi Polis Negeri Kedah) dan Dr.Mahathir sendiri . Mereka inilah yang memainkan peranan utama bagi memastikan tertangkapnya Ust Ibrahim Libya pada tarikh tersebut.

Keesokannya harinya, tanggal 19 Nov 1985, selesai Solat Subuh, Ust Ibrahim terus memberikan taujihat penuh bermakna kepada para pendokong perjuangan yang terdiri dikalangan anak-anak muridnya yang setia dengan majlis-majlis ilmu beliau. Antara lain, beliau mengingatkan kepada ahli jama’ah supaya jangan ada yang lari dari perjuangan yang sedang dihadapi ini serta menyebut mengenai kelebihan mati syahid. Seluruh ahli jama’ah semakin kuat azam dan tekad untuk tidak menyerahkan Ust Ibrahim kepada pihak pemerintah. Mereka rela mati demi mempertahankan As-Syahid.

Antara mereka yang rapat dengan Ust Ibrahim ialah Sdr. Yusuf Husein dan Pak Teh Mat Piah (sudah meninggal). Mereka inilah antara yang kerap melakukan rundingan dengan pihak keselamatan pada hari tersebut agar mengelakkan berlakunya pertumahan darah khasnya orng ramai. Namun, Ust Ibrahim tegas dengan pendiriannya untuk tidak menyerahkan dirinya kepada kerajaan yang zalim kerana baginya, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan atau jenayah. Tugasnya hanya memberi nasihat kepada pemerintah yang begitu kuat menganut fahaman Nasionalisme dan Sekularisme yang bertentangan dengan Islam.

Berita kehadiran anggota polis untuk menangkap Ust Ibrahim akhirnya berjaya dihidu oleh pasukan tentera Malaysia yang berada di Negeri Kedah. Bahkan dikalangan mereka juga terdapat anggota-anggota yang sering mengikuti pengajian-pengajian agama daripada Ust Ibrahim. Beberapa orang dikalangan mereka akhirnya bergegas ke Kg. Memali dan memberikan peringatan kepada pasukan polis agar mengelakkan serangan. Dengan bilangan mereka hanya beberapa orang membuatkan pihak polis tidak mempedulikan. Dikalangan anggota tentera ini ada yang menyebut, “ingat ! hari ini hari kamu. Boleh jadi satu masa nanti kita akan bertempur”. Lalu mereka meninggalkan tempat tersebut.

Setelah dilihat Ust Ibrahim enggan lagi bertemu mereka, akhirnya orang kampung diberi arahan agar berundur ke belakang. Serangan akan dilancarkan. Namun, untuk menerima arahan tersebut tidak semudah itu. Penduduk kampung yang terdiri dikalangan orang tua, kaum ibu, pemuda, wanita dan anak kecil dengan penuh keberanian melaungkan kalimah ‘Allahu Akbar’ berkali-kali bagi menggerunkan pihak musuh. Parang panjang yang sering digunakan dikebun untuk tugasan harian, digenggam erat bagi menghadapi kemungkinan-kemungkinan. Ibu-ibu dengan parang dan buluh-buluh panjang menghalau pasukan polis. Anak-anak kecil yang masih tidak mengerti apa itu perjuangan menghadapi pasukan polis bersenjatakan parang dan pisau.

Pihak keselamatan yang panik akhirnya melepaskan gas pemedih mata dan water canon ke arah orang kampung yang kukuh berdiri tidak mahu berganjak. Seorang kanak-kanak terkena serangan tersebut lalu pengsan dengan mulutnya yang berbuih. Melihat anak kecil tersebut menjadi mangsa, lantas seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Cikgu Shafi’e nekad untuk melakukan serangan balas. Parang ditangan digenggam dan terus berlari ke arah anggota polis. Subhanallah. Belum sempat parangnya singgah ke tubuh anggota polis tersebut, sebutir peluru terus menembusi dadanya. Cikgu Syafi’e menjadi korban pertama tragedi tersebut.

Jerit pekik penduduk semakin kuat apabila serangan bertalu-talu dari kereta perisai polis dilakukan. Seorang demi seorang tumbang menerima hadiah peluru dari Kerajaan Barisan Nasional. Rumah Ust. Ibrahim dirempuh kasar. Akhirnya peluru menghinggapi juga tubuh ulama’, pendakwah dan pemimpin gerakan Islam ini. Diatas ribaan isterinya, beliau menghembuskan nafas. Beliau sempat bertanya, “abang kena apa?”. Si isteri menjawab, “abang ditembak”.

Menjelang waktu Zohor, hujan renyai-renyai turun membasahi Kg. Memali. Hujan rahmat yang turun sebagai saksi kezaliman pemerintah yang rakus mengahdapi rakyat yang serba kekurangan. Operasi pembersihan dilakukan segera agar bau bangkai jenayah mereka dapat ditutup dari pengetahuan rakyat Malaysia. Mangsa yang terkorban diangkut ke dalam trak-trak polis. Didalamnya turut dimuatkan beberapa ekor anjing buat menemani para syuhada’. Ada penduduk kampung yang tercedera disepak terajang. Mereka menyebut, “ ada lagi yang belum mati”. Semua penduduk kampung disumbat ke dalam trak polis untuk dibawa ke balai. Yang cedera dibawa ke hospital. Maklumat dijaga agar tidak sampai kepada media atau orang ramai. Tahanan diugut agar merahsiakan kejadian.

Gambar As-Syahid Ust Ibrahim Libya (kiri bawah sekali)

Beberapa hari kemudian barulah mereka dibebaskan. Jenazah dipulangkan semula dengan bilangan korban seramai 14 orang semuanya. Maka bermulalah perbalahan diantara pihak berkuasa agama (Majlis Fatwa Kebangsaan) dengan penduduk. Mereka mendakwa Ust Ibrahim Libya dan 13 yang lain mati sebagai Syuhada’ dan perlu diuruskan sebagai orang mati syahid. Pandangan ini diambil dari tuan-tuan guru di pondok-pondok Negeri Kedah yang melihat bahawa mereka ini mati kerana mempertahankan agama dan nyawa mereka. Bagi pihak berkuasa agama dibawah pemerintah, mereka terus ditekan untuk mendakwa Ust Ibrahim dan lain-lain mati sebagai Bughah (penderhaka kerajaan Islam) dan wajib diurus sebagai orang mati biasa. Penduduk tetap dengan keyakinan mereka. Akhirnya para korban diurus sebagai syuhada’ dengan tidak dimandikan beserta pakaian mereka yang masih basah dengan darah yang terus mengalir walaupun telah beberapa hari ditembak.

Wajah mereka yang tenang menghadap Allah ditambah pula dengan bau wangi yang dapat dihidu oleh orang-orang yang menguruskan jenazah mereka. Esoknya, media yang dikawal pemerintah pun menyiarkan berita operasi ini dengan versi pemerintah. Ust Ibrahim dan rakan-rakan dicap sebagai Bughah (penderhaka kerajaan Islam). Bagi PAS yang mempunyai lidah rasminya sendiri iaitu akhbar Harakah memperbetulkan pula berita tersebut. Selepas itu, ribuan umat Islam dari seluruh pelusuk Malaysia bergegas ke Kg. Memali menyaksikan sisa-sisa dosa pemerintah ke atas pejuang Islam.

Sehingga hari ini, kes ini yang telah beberapa kali dibawa ke mahkamah sunyi sepi tidak berbunyi lagi. Kes yang masih berada di dalam fail mahkamah ini tidak dipedulikan oleh Menteri Penerangan Malaysia (sebelum ini) iaitu Dato’ Zainudin Maidin. Beliau memperalatkan beberapa klip video tragedi Memali ini untuk menyerang PAS sebagai gerakan ekstremis, radikal, militan dan sebagainya selepas pasca 11 Sept 2001 dengan menggambarkan orang PAS menyerang anggota keselamatan. Hari ini, genap 23 tahun tragedi Memali yang meragut nyawa mereka yang tidak bersalah dan mencederakan beberapa anggota polis yang memang mereka ini tidak tahu pun tujuan sebenar dihantar ke sana pada tarikh tersebut. Mereka tidak bersalah. Bahkan seorang demi seorang orang kampong yang sepatutnya menjadi saksi dimahkamah untuk memfailkan saman kepada kerajaan Barisan Nasional kini telah menghadap Allah s.w.t.

Selepas kejadian tersebut, setiap tahun PAS mengadakan sambutan memperingati Tragedi Memali. Saban tahun juga ada sahaja anggota polis yang secara diam-diam menyalurkan sumbangan kepada PAS, kepada balu-balu syuhada’ dan memohon kemaafan atas kesilapan mereka. Melihat kepada situasi anggota polis yang sangat sedih dan terkilan dengan kejadian ini yang bukan dengan kerelaan mereka dan sangat terharu dengan sambutan memperingati syuhada’ ini , akhirnya atas nasihat dari pimpinan, sambutan yang berjalan beberapa tahun tersebut dihentikan. Wallahua’lam.

Al-Fatihah Untuk Para Syuhada’ Memali

Catatan: Sejarah ini saya paparkan semula bukan dengan niat untuk memprovokasi mana-mana pihak, tetapi sekadar ingin mengingatkan semula generasi hari ini khasnya anak muda bahawa kebangkitan perjuangan Islam pada hari ini adalah hasil pengorbanan generasi terdahulu yang sejarahnya penuh dengan darah dan air mata. Semuanya demi melihat Islam tertegak. Mudah-mudahan sejarah ini menjadi inspirasi untuk kita terus istiqamah, sabar, dan terus berada diatas landasan ini.

Saya juga memohon maaf sekiranya ada maklumat yang saya sampaikan ini tidak tepat kerana semua ini hanya maklumat dari ingatan saya sahaja. Anda boleh merujuk semula buku yang ditulis oleh Cikgu Non (CN Al-Afghani) yang menulis buku ‘Suamiku Kekasih Allah atau buku terbitan PAS Pusat hasil temuramah dengan Sdr. Yusuf Husein (sekarang pimpinan PAS Kedah) atau VCD Ops Hapus Komunis. Jika ada kesalahan, tolong maklumkan di ruangan komentar dibawah ini. Jazakallahu khairan kathira.

Isnin, 17 November 2008

Dahsyatnya Kekuatan Bom Bali : Dari Mana Datangnya ?

Secara peribadi, saya tidak tahu samada isu ini masih relevan atau sudah basi. Namun, atas tanggungjawab menyampaikan maklumat untuk semua, insyaAllah tugas perlu diteruskan.

Apabila meletup dan musnahnya Sari Club, Paddy’s Irish Bar dan sekitar Konsulat AS di Denpasar, Bali tanggal 12 Oktober 2002, seluruh dunia mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan yang dianggap tidak bertamadun ini termasuk umat Islam. Manakan tidak, 202 orang terkorban dan 209 cedera samada parah atau ringan. Angka yang sangat tinggi. Apabila angka yang sangat tinggi, maka sudah tentu bahan yang digunakan untuk operasi tersebut juga berkekuatan yang luar biasa dan pelakunya juga merupakan satu team yang cukup hebat.

Cuba lihat fakta ini :

1) Bom ini telah berjaya mengangkat 2 tan tanah dan tar jalan seperti dihadapan disko Sari-Club.

2) Bom ini mempunyai kekuatan setara dengan 4 ton HE TNT (High Explosive).

3) Media di Indonesia dan lain-lain Negara dengan pantas memaklumkan bahawa bom ini jenis C4 (composition 4).

4) Joe Vialls, pakar bom yang terlibat secara langsung dalam kajian pengeboman Bali membuat keputusan :

a) Bom ini berbahan mikro-nuklear sebanyak 99.78%.

b) Bom ini berbahan murni plutonium 239 tanpa uranium 238, neutron reflector.

c) Plutonium yang digunakan ini diproduksi di Dimona, Negev, Israel.

5) Pengamat intelijen, Soeripto selepas kejadian itu mengatakan bahawa otak pengeboman sedahsyat itu kemungkinan : Amerika (CIA) atau Israel.

6) Pengarah FBI, Amerika, Robert Muller setahun sebelum tragedi telah datang ke Indonesia. Soeripto meyakini kedatangan Robert ada kaitan dengan sikap Indonesia yang agak tenang dan damai (perlahan) dalam menghadapi ‘teroris’ tidak sebagaimana yang dikehendaki Amerika.


(dipetik dari Majalah Sabili keluaran Nov 08)

Dibawah ini tarikh-tarikh penting berkaitan tragedi :

1) Pusat Peranginan Bali di Bom = 12 Okt 2002.

2) As-Syahid Amrozy ditangkap = 07 Nov 2002.

3) As-Syahid Imam Samudera = 21 Nov 2002.

4) As-Syahid Ali Ghufron = 04 Dis 2002.

Jarak tarikh pengeboman dengan tertangkapnya Amrozy hanya mengambil masa selama 26 hari sahaja dan diikuti dengan Imam Samudera dan Ali Ghufron.

Soalnya, benarkah pengeboman ini dilakukan oleh Imam Samudera dan rakan-rakan ?

Jawapannya, boleh jadi benar.Ini berdasarkan pengakuan As-Syahid didalam bukunya Aku Melawan Teroris. Pengakuannya yang jujur, disertakan sebab mengapa Bali dijadikan sasaran, hukum ke atas orang kafir awam yang terbunuh, terjejas pelancongan di Bali dan segalanya diterangkan dengan dalil-dalil Al-Qur’an dan Sunnah walaupun ada beberapa pihak yang membantah buku beliau. Berkali-kali beliau menyebut bahawa aksi ini adalah aksi pembalasan yang setimpal dengan kezaliman Amerika keatas umat Islam.Beliau dan rakan-rakan tidak pernah menarik pengakuan tersebut.

Bermakna :

1) Perancangan Imam Samudera dan teman-teman telah dihidu oleh aparat keamanan Indonesia atau CIA, Amerika atau agen Israel sendiri berdasarkan jenis bom yang digunakan.

2) Saat Imam Samudera memasang bom di tempat-tempat tersebut, boleh jadi ‘pihak-pihak’ ini telah memasangnya lebih awal bagi meledakkan bom tersebut dengan masa yang sama seperti Imam Samudera.

3) Kekuatan bom yang digunakan oleh Imam Samudera boleh jadi sangat rendah berbanding yang dipasang oleh ‘makhluk asing’.

Wallahua’lam.

JANGAN LUPA ! Bangunan WTC Amerika yang tumbang dirempuh tanggal 11 Sept 2001 juga sama kaedahnya walaupun sampai sekarang mereka gagal menuduh Al-Qaeda pimpinan Usamah. Namun, ledakan bangunan ini mesti dibuat dengan dahsyat agar dunia betul-betul simpati melihat tragedi tersebut. Antaranya :

1) Hasil rakaman video mendapati, apabila bangunan WTC dilanggar dibahagian atas, tiba-tiba dibahagian pertengahan bangunan telah terlihat kepulan asap kecil yang keluar dari beberapa sudut. Jelas, bom telah dipasang pada setiap bucu bangunan agar runtuhan berlaku dengan kadar yang cepat dalam masa kurang 10 saat. Mustahil dilanggar pesawat, runtuh dengan waktu sesingkat itu melainkan ada 'alat bantu' lain. Fikirkan..

2) Amerika menyenaraikan beberapa nama anggota Al-Qaeda yang didakwa merampas pesawat tersebut, namun beberapa bulan kemudian, didapati sebahagian besar anggota Al-Qaeda ini semuanya masih hidup dan banyak lagi bukti bahawa tragedy ini dilakukan oleh Amerika sendiri sebagai tiket untuk memerangi gerakan jihad dan menyudutkan umat Islam.

(Rujuk VCD Fakta Sebenar Tragedi WTC yang diterjemahkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia )

Catatan 1: Imam Samudera tidak bersetuju apabila istilah ‘orang awam’ digunakan kepada warga Negara Barat yang terkorban di Bali. Hujjahnya, sebelum kejadian tersebut, berkali-kali Amerika memberi amaran bahawa Indonesia lokasi ‘teroris’ saat ini. Banyak zon yang tidak selamat di Indonesia. Bermakna Amerika sendiri telah berjaya menghidu pergerakan para Mujahidin atau memang sengaja diwar-warkan bahaya tersebut untuk mereka meledakkan beberapa tempat di Indonesia, lalu boleh menuduh umat Islam.

Bagi Imam Samudera, kalau berkali-kali amaran telah disampaikan, sepatutnya para pelancong yang disifatkan sebagai ‘orang awam ‘ sudah pasti bimbang menjejakkan kaki ke Indonesia ,apatah lagi di tempat seperti kelab malam itu. Ini bermakna mereka yang mati ini bukan orang yang layak dipanggil ‘orang awam’yang tidak terlibat dengan peperangan , tetapi golongan Kafirin yang memang datang dengan misi dan visi tertentu sehingga seberani itu datang ke tempat tersebut.

Catatan 2: Ikuti terus isi kandungan buku Aku Melawan Teroris. InsyaAllah, ada masa saya sambung isi kandungan yang penting-penting untuk dikongsi. Terserah pada kalian samada mahu menerima atau tidak. Tidak ada paksaan. Wallahua’lam.

Ahad, 16 November 2008

Aku Melawan Teroris VS Mereka Adalah Teroris.

Beberapa hari yang lalu, saya hampir-hampir putus asa untuk meneruskan berkongsi dengan pembaca mengenai isi kandungan buku Aku Melawan Teroris – Imam Samudera. Puncanya apabila ada seorang sahabat di Malaysia ‘menziarahi’ inbox blog saya. Saya faham bahawa dia mungkin meminta saya melayari blognya. Terus saya meng’klik’ namanya di inbox itu untuk mencapai blog peribadinya yang penuh dengan program bedah buku.Alhamdulillah, dapat. Tapi, terbacalah saya satu artikelnya yang bertajuk ‘Aku Melawan Teroris’ VS ‘Mereka adalah teroris’.

Beliau berkongsi pengalaman membaca buku bertajuk ‘Bantahan Terhadap Buku Aku Melawan Teroris’ yang penuh sarat dengan dalil-dalil dari Ayat Al-Qur’an dan Hadith Nabi s.a.w. bagi membantah hujjah-hujjah Imam Samudera yang membolehkan membunuh orang kafir awam. Persoalannya, orang kafir awam yang bagaimanakah yang dimaksudkan oleh Imam Samudera ?

Di penghujung artikelnya, beliau menyebut “ kesemua tulisan yang termuat dalam buku ini menolak keras pengeboman di Bali ini dan rasanya patut dibaca oleh mereka yang menganggap tindakan Imam Samudra,Amrozi dan Mukhlas bertepatan dengan Islam dan matinya mereka tergolong dalam mati syahid.” Fuhhh..gerun saya. Ya lah, saya sendiri masih tidak membaca buku bantahan tersebut. Tetapi buku ‘Aku Melawan Teroris’ setebal 279 itu, Alhamdulillah saya telah khatamkan. Didalamnya juga termuat lebih 100 dalil daripada ayat Al-Qur’an dan Hadith Nabi. Imam Samudera salah faham terhadap ajaran Islamkah sehingga ada bantahan terhadap bukunya oleh ‘ustaz-ustaz’ di Indonesia ? Siapa ‘ustaz-ustaz’ ni ? Saya mengelamun..arghhh..sudah lah. “ Aku dah sokong benda tak betul ni”..Malas dah lah nak ulas isu kematian mereka ni..

………………………………………………………………………………………

Semalam sempat berbual dengan seorang teman dari Indonesia tentang isu ini. Lantas saya bertanya, “ akhi, anta tahu kan buku Aku Melawan Teroris ini ada bantahan ?”. Beliau tersenyum. “Ya, kenapa ? Sudah lama bantahan itu. Nanti ana pinjamkam pada anta buku bantahan itu. Tapi, buku Imam Samudera anta kena habiskan dulu. Kemudian baru baca buku itu. InsyaAllah, anta akan faham. Beliau tidak sesat. Cuma ada 'orang yang tak sefirqah’…itu aja sih, “ jelasnya.

InsyaAllah, dalam masa terdekat saya usahakan memberi penjelasan tentang buku-buku yang membantah Imam Samudera ini. Siapakah ‘ustaz-ustaz’ ini yang bersungguh membantah 3 Mujahid ini.Selain Imam Samudera, adakah lagi tokoh-tokoh jihad yang ‘dibantai’ oleh penulis buku ini ? Adakah buku bantahan tersebut dibantah pula ? Ya. Nantikan artikel selepas ini.Mudah-mudahan tidak ada lagi yang terlalu mudah ‘mengiyakan’ maklumat yang mereka terima lantas terus menghukum Mujahid-Mujahid ini tersesat, tersalah langkah..bla bla bla..Alhamdulillah, setelah menemui foto-foto terbaru mereka yang terkorban ini, saya amati wajah-wajah bersih mereka beberapa minit. “Ya, wajah kalian bukan wajah pengganas seperti dakwaan musuh-musuh kalian !!!”.

Tidak perlu bimbang jika kalian dinafikan syahid. Imam Hasan Al-Banna dinafikan syahid oleh pemerintah Mesir sampai sekarang. Namun seluruh dunia menggelarnya ‘As-Syahid’. Ust Ibrahim Libya dinafikan syahid oleh pemerintah Malaysia sampai sekarang. Bahkan pihak berkuasa agama pun ‘malu-malu’ mengiktiraf beliau syahid. Namun, pendokong gerakan Islam di Malaysia tetap memanggilnya ‘As-Syahid’. Tahniah Untuk Kalian ! InsyaAllah, kalian inspirasi kami.

Catatan : Penjelasan mengenai buku-buku bantahan terhadap Aku Melawan Teroris – Imam Samudera akan saya sampaikan dalam artikel selepas ini. InsyaAllah.

AKAN TERBIT InsyaAllah: Benarkah bom sedahsyat itu yang membunuh 202 nyawa dan 209 korban disediakan oleh Amrozy dan kawan-kawan ?