Takziah saya ucapkan kepada ahli keluarga dan sahabat-sahabat terdekat kepada kekanda Fauzi bin Azizan yang telah kembali ke pangkuan Ilahi Jumaat, 8 Jan 2010 sekitar jam 2.25 petang semalam di Hospital Selayang. Beliau terlibat dalam kemalangan jalanraya pada 31 Dis 2009 lalu di Chenor, Maran, Pahang dan mengalami pendarahan teruk dibahagian kepala sehingga koma.
Beliau merupakan bekas pelajar Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini (Ma’ahad Sas) Bandar Jengka, Pahang pada tahun 1996-2000. Kemudian melanjutkan pengajian ke Ma’ahad Tahfiz Shoubra, Mesir dan diberikan tanggungjawab berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Ma’ahad Sas sebagai guru tajaan ASPA. Beliau berasal dari Felda Jengka 20.
Sepulangannya dari Al-Azhar, Mesir, beliau terus aktif bersama teman-teman didalam organisasi mahasiwa lepasan Al-Azhar yang dikenal sebagai ILMAM, Pahang. Allahyarham telah meninggalkan seorang isteri yang juga anggota ILMAM Pahang, Ukhti Saholyatul Aqmar yang kini sedang mengandungkan anak yang pertama 7 bulan.
Penulis sempat bersama beliau di Ma’ahad Sas ketika menuntut di sana pada tahun 1999-2003. Wataknya agak pendiam, namun baik orangnya. Alhamdulillah, sempat bersama beliau dalam program Ijtima’ beberapa buah Badan Dakwah Sekolah-Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang yang diadakan di Temerloh beberapa hari selepas ‘Idul Fitri baru-baru ini. Mudah-mudahan Ust Fauzi, abang dalam perjuangan, dimasukkan bersama golongan yang beriman di syurga kelak, InsyaAllah. Inna lillah wa inna ilaihi roji’un.
Gus Dur atau nama sebenarnya Abdul Rahman Wahid kembali kepada Allah s.w.t tanggal 30 Dis 2009, Rabu lalu sekitar jam 06.45 petang (07.45 Malaysia). Jasadnya dikebumikan dengan penuh adat kenegaraan dengan iringan polis, tentera dan disaksikan oleh menteri-menteri serta Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang hadir menyampaikan ucapan takziah saat jenazahnya ingin dimasukkan ke liang lahad. Pengebumian dilakukan pada waktu Zohor hari Khamis.
Hari ini beliau yang merupakan anak kepada seorang ulama’ terkenal iaitu Kiyai Haji Abdul Wahid dan cucu kepada Kiyai Haji Hasyim Asy’ari yang merupakan pendiri Nahdhatul Ulama’ (NU) telah 6 hari meninggalkan rakyat Indonesia dan umat Islam khususnya. Jika dilihat latar belakang keluarga dan pendidikan beliau sendiri, maka wajarlah jika beliau digelar Kiyai iaitu Tuan Guru.
Namun, catatan mengenai hal berikut tidak dapat disembunyikan dari pengetahuan umum lagi:
i)Mei 2008, beliau ke Amerika untuk memenuhi undangan Shimon Wiesenthal Center (SWC) untuk menerima penghargaan The Jewish Medal of Valor. Dalam majlis tersebut, beliau turut menyatakan ikut serta merayakan Hari Kemerdekaan Israel, sebuah hari dimana bangsa Palestin dibantai secara membabi buta dan diusir dari tanah air. Anugerah medal diterima kerana beliau dilihat sebagai sahabat paling setia dan berani terang-terangan menjadi pelindung Zionis-Yahudi dunia disebuah Negara majority Muslim terbesar seperti Indonesia.
ii)12 Jun 2007, dalam sebuah konferensi bertema Holocaust di Bali pada hari Selasa, Gusdur juga membela Holocaust. Beliau menyebut, Indonesia seharusnya mengakui Negara Israel.
Hari ini, heboh di kaca TV Indonesia, perkuburan beliau yang diziarahi oleh ratusan orang setiap hari itu, menjadi tempat segelintir orang-orang yang sangat taksub kepadanya untuk mengambil tanah dari kuburnya. Tanah yang ditinggikan di atas kuburan mula menurun akibat diambil oleh para penziarah. Bunga-bunga yang ditabur pun dikutip dan dibawa pulang. Isak tangis sebahagian penziarah makin melampau-lampau. Manakan tidak, sewaktu hidupnya, betapa ramai pendokongnya yang mengganggapnya sebagai wali. Bahkan saat ini mula beredar SMS yang menyatakan bahawa kematian beliau adalah kerana dibunuh.
Hari ini Majlis Ulama’ Indonesia (MUI) telah bertindak mengeluarkan kenyataan yang melarang perbuatan tersebut yang dibimbangi boleh menimbulkan kesyirikan kerana terlalu mengkultuskan (mensucikan) beliau yang telah pergi.
[ Jika anda berkesempatan membaca buku 50 Tokoh Islam Liberal Indonesia:Pengusung Ide Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme karya Budi Handriato yang diterbitkan oleh Hujjah Press, Jakarta Timur pada tahun 2007, anda akan mendapati bahawa nama Abdurrahman Wahid (Gusdur) diletakkan pada bahagian pertama iaitu ‘Para Pelopor’ fahaman Islam Liberal. Namanya sebaris dengan pelopor lain seperti Harun Nasution, Nurcholis Madjid, Abdul Mukti Ali dan sebagainya yang rata-ratanya dikenal sebagai cendekiawan Muslim Indonesia oleh beberapa pihak. Selepas itu adalah bahagian Para Senior dan Para Penerus Perjuangan fahaman sesat ini ]
Latar Belakang
Kiyai Haji Abdurrahman Wahid lahir di Denanyar, Jombang, Jawa Timur pada 04 Ogos 1940. Lebih senang disapa dengan panggilan Gusdur kerana menjadi tradisi di daerahnya iaitu Jawa Timur dimana penduduknya menyebut seorang putera dari keluarga elit dengan sebutan ‘Gus’. Adiknya Aisyah Hamid Baidhowi adalah ketua umum Muslimat Nahdhatul Ulama’ (1995-2000) dan anggota parlimen dari Partai Golkar. Adik lelakinya, Shalahuddin Wahid pernah menjadi pimpinan Partai Kebangkitan Umat (PKU), ketua Partai Bersatu Nahdhatul Ulama (PBNU) dan lain-lain. Adiknya yang lain, Hasyim Wahid pernah menjadi ketua DPP Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP).
Gusdur anak tertua kepada K.H A.Wahid Hasyim dan Ny.H.Solelah. Beliau merupakan cucu kepada K.H Hasyim Asy’ari, datuk disebelah bapanya yang merupakan pengasuh pondok pesantren Tebu Ireng dan pendiri Nahdhatul Ulama’ (NU). Datuk dipihak ibunya pula, iaitu K.H.Bisri Syamsuri adalah pengasuh pesantren di Denanyar, Jombang yang bersama K.H.Hasyim Asy’ari dan K.H.A.Wahab Hasbullah mendirikan NU.
Pendidikan dan pengalaman
Pesantren Tambak Beras, Jombang (1959-1963). Departemen Studi Islam dan Arab Tingkat Tinggi, Un.Al-Azhar, Kaherah, Mesir (1964-1966). Fakultas Surat-Surat Universiti Baghdad (1966-1970).
Pengajar Pesantren Pengajar dan Dekan Universitas Hasyim Asy’ari Fakultas Ushuluddin. Ketua Balai Seni Jakarta (1983-1985). Penemu Pesantren Ciganjur (1984-sekarang). Ketua Umum Nahdhatul Ulama (1984-1999). Ketua Forum Demokrasi (1990). Ketua Konferensi Agama dan Perdamaian Sedunia (1994). Anggota Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) 1999 dan Presiden Republik Indonesia (20 Okt 1999 – 24 Julai 2001).
Penghargaan
1)Penghargaan Magsaysay dari pemerintah Filipina atas usahanya mengembangkan hubungan antara agama di Indonesia (1993).
2)Penghargaan Dakwah Islam dari pemerintah Mesir (1991)
Beliau diserang stroke pada awal 1998 sebelum menjadi Presiden R.I. Team Doktor berjaya menyelamatkannya, namun akibatnya penglihatannya semakin memburuk. Seawal menjadi Presiden, beliau terus mengumumkan akan menjalinkan hubungan dagang antara Indonesia dan Israel yang akhirnya mendapat tentangan keras dari pelbagai organisasi Islam. Beliau menjadi Presiden dengan timbalannya pada saat itu iaitu Megawati Sukarnoputri. Pemerintahannya penuh kontroversi dalam pelbagai perkara. Naik turun Menteri banyak dilakukan tanpa pengetahun timbalannya. Kenyataan-kenyataannya terlalu banyak yang diperbincangkan ditambah dengan sikapnya yang terlihat mesra Non-Muslim. Beliau sering mengkritik pemimpin Islam lain di Indonesia.
Antara kontroversi beliau:
“gantikan ucapan Assalamualaikum dengan selamat pagi / siang / malam”
“Al-Qur’an adalah Kitab Porno”.
“ saya menjadi seorang Muslim yang juga menganut faham Mahatma Gandhi…..bagi saya semua agama itu sama. Di Islam pun banyak orang yang berkelahi kerana agama”. – ucapan di Institut Mahatma Gandhi di Denpasar, Bali dalam acara berdoa bersama yang diberi nama Agni Horta Gus Dur.
“ Gus Dur dinobatkan sebagai kehormat Legium Christus (Laskar Kristus) pada bulan Jan 2002 di Kampus Uni.Manado, Sulawesi Utara. Beliau dipilih oleh Laskar Kristus kerana dinilai sehaluan dengan misi Legium Christus. Beliau diberi tugas khusus sebagaimana kata Lucky Senduk, Setiausaha Umum Legium Christus “tugas Gus Dur sebagai hujung tombak menolak pelaksanaan Piagam Jakarta dan melalui Nahdhatul Ulama melindungi orang Krsitian di Jawa” – beliau dilantik setelah turun dari jawatan Presiden Indonesia.
“ Dalam kes konflik umat Islam – Kristian di Ambon sekitar 1999 – 2001, banyak ucapan beliau yang jelas memencilkan Islam sehingga keluar kenyataan “Gus Dur membela Islam dengan cara tidak membela Islam”.
“ mengapa kita marah kepada mereka yang menyerang Masjid Babri? Kenapa ? Kerana jauh sebelumnya, Masjid Babri itu menjadi kuil.Kita datang, kita jadikan masjid. Sekarang orang lain datang minta diubah lagi” – ucapan mengulas isu pembakaran Masjid Babri, di Ayodhya, India oleh pelampau Hindu awal 90-an yang mengorbankan lebih 3000 umat Islam yang mempertahankannya.
Inilah sekelumit dari ucapan dan tindakan Gus Dur yang mengusung fahaman Islam Liberal dan Pluralisme Agama dalam keadaan latarbelakang pendidikan agamanya yang sangat tinggi. Maka, tidak hairanlah, sejurus kematiannya Rabu kelmarin, puluhan golongan pluralisme Indonesia menangis dan menyebut-nyebut akan kesedihan mereka atas pemergian tokoh pluralism yang mereka sanjungi.
Majlis Ulama’ Indonesia (MUI) pada 29 Julai 2006 telah menetapkan 11 fatwa antaranya mengharamkan fahaman sekularisme, liberalism, pluralisme dan gerakan Ahmadiyyah. Beberapa nama tokoh masyarakat yang bersama Aliansi Masyarakat Madani Untuk Kebebasan Beragama dan Berkeyakinanseperti Gus Dur, Dawam Raharjo Ulil Abshar Abdalla (coordinator JIL), Johan Affendi, Pendeta Winata Sairin (PGI) mendesak MUI menarik balik fatwa tersebut. Kata Gus Dur “Indonesia bukan negara Islam, tetapi negara Nasional. Jadi ukurannya hukum Nasional” – ucapan di gendung PBNU.
Catatan:Lain-lain tentang perkembangan Islam Liberal dan senarai tokoh-tokohnya, pembaca boleh merujuk artikel-artikel pada arkib blog ini tahun 2008 khas pada bulan Dis dll.
Saya mula melibatkan diri dengan dunia blog ini pada bulan Ogos 2008 setelah berkali-kali memikirkan untuk mewujudkannya. Saya tidak meletakkan target atau fokos tertentu artikel-artikel, berita atau apa sahaja bahan-bahan yang akan saya sampaikan di sini. Apa sahaja yang berkaitan dengan Islam baik mengenai Dunia Islam dan ummahnya, pengajian dan keilmuan, kemahasiswaan, catatan pengalaman dalam kehidupan dan dakwah, catatan permusafiran di perantauan dan sebagainya yang saya rasakan perlu dikongsi dengan para pembaca, maka saya akan usahakan penyampaiannya. InsyaAllah. Justeru itu anda berhak untuk membaca, memikirkan, menghayati dan memanfaatkannya, namun untuk terus menerima dan bersetuju dengan segala perkara yang saya sampaikan, anda yang lebih mengetahui. Jika ia hanya pandangan peribadi saya, wajar untuk anda tidak terus mengiyakannya. Anda juga boleh sahaja memberikan apa-apa sokongan, dorongan, teguran, pandangan dan kritikan yang membina dengan penuh perasaan mahabbah dan ukhwah Islamiyyah yang dibaluti dengan akhlak terindah. Tiada hari-hari atau kekerapan khusus dalam penyampaian bahan-bahan di sini. Saya hanya menggunakan waktu-waktu kelapangan sahaja. Saya akan terus menulis apa sahaja yang saya fikirkan mendatangkan manfaat dan maslahah kepada Islam dan ummahnya. Sebagaimana hidup memerlukan kepada misi dan visi yang jelas, maka di dalam penulisan ini, saya juga mempunyai misi dan visi. InsyaAllah. Terima kasih atas kunjungan kalian.
Lahir 23 Jun 1986. Sek.Keb.Felda Sena Jengka 16 (1993-1999). Ma'ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini, Bandar Jengka (1999-2003). Kulliah Al-Lughah Wad Din Sultan Abu Bakar,Pekan (2004). Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilam Puri, Kota Bharu (2005-2008). Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Ar-Raniry, Aceh Darussalam, Indonesia (2008-2010). Pemegang Ijazah Sarjana Muda Jurusan Tafsir & Hadith ini kini berkhidmat sebagai seorang pendidik di sebuah sekolah menengah agama (arab) di tengah ibu kota, Kuala Lumpur dan turut menyampaikan pengajian agama dibeberapa buah masjid sekitar. Boleh dihubungi ditalian 019-2069750 atau saifulislam_gema@yahoo.com
من كان يؤمن بالله واليوم الأخر فليقل خيرا أو ليصمت - الحديث
Apa Kata Mereka Pada Islam ?
William Ewart Gladstone ( 1809 - 1898 ) - mantan PM Britain zaman Queen Victoria "selagi mereka ( umat Islam ) berpegang dengan kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari Kitab ini". - ( ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur'an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan )
Theodore Hertzel - pencetus idea penubuhan negara Yahudi ( tulis buku Negara Yahudi : 1895 ) "misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam..jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan jabatan..jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil..laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran - ucapan di Persidangan Yahudi di Basle, Switzerland : 1897.
Lord Cromer - Gubernor Inggeris di Mesir & Sudan telah menulis " bahawasanya tanah jahan yang diberi kemerdekaan itu perlu diserahkan kepada anak negeri yang dapat melangsungkan dasar-dasar dan polisi yang menjaga kepentingan dan keselamatan Barat "
10 Rancangan Kuffar Hancurkan Islam
1) Lenyapkan sistem pemerintahan Islam.
2) Menghapuskan Al-Qur'an.
3) Hancurkan akhlak Muslim, fikiran , hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka mengikut hawa nafsu.
4) Lenyapkan kesatuan kaum Muslimin.
5) Ragukan kaum Muslimin terhadap agamanya.
6) Lemahkan bangsa Arab.
7) Dirikan negara diktator di dunia Islam.
8) Pisahkan kaum Muslimin dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan barangan Barat.
9) Singkirkan tokoh-tokoh Islam dan tamatkan Gerakannya.
10) Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas.