Sabtu, 17 April 2010

Sekitar Sambutan Maulid Nabi Di Desa ku...

Walaupun hari ini telah memasuki bulan Jamadil Awwal, namun aktivitas umat Islam di Aceh dalam rangka menyambut kelahiran Rasulullah SAW belum berakhir. Kebiasaannya di Aceh, sambutan Maulid Nabi memakan masa sehingga 3 bulan lamanya dengan pelbagai aktivitas keagamaan dan kemasyarakatan dilaksanakan. Bermula dari ceramah, gotong royong desa, kenduri di rumah masing-masing warga dengan diundang jiran tetangga dan kenalan, majlis tilawah Al-Qur’an, bersolawat, zikir akbar (berjama’ah), kenduri di peringkat desa dan sebagainya.


Minggu ini, acara memperingati Maulid Nabi dilaksanakan di desa yang kami tinggal iaitu Desa Blang Krueng, Kecamatan Baitussalam, Kabupaten Aceh Besar, Nanggroe Aceh Darussalam. Malam tadi dilaksanakan majlis zikir akbar, malam semalam majlis tilawah Al-Qur’an dengan diundang beberapa Qari terkenal dikawasan setempat, dan pada petang esok diadakan kenduri peringkat desa serta ceramah pada malamnya. Di bawah ini adalah foto-foto majlis pada malam tadi yang dilaksanakan di lapangan Meunasah Desa Blang Krueng. Meunasah adalah bahasa Aceh yang bererti Musholla.

Tiada ulasan: