Media Indonesia yang berbulan-bulan ‘mencari untung’ menjadi pengulas dan melonjakkan Manohara bagai bidadari dari kayangan, hari ini menjadi bebal pula menimbulkan persoalan-persoalan kepada Manohara.
Manakan tidak, hari demi hari para simpatisan Manohara seorang demi seorang meninggalkannya. Yang dahulunya memaki hamun anak Sultan Kelantan, kini memaki Manohara pula. Yang menjalankan provokasi menggila dimedia, kini mula beralih arah menimbulkan semula tujahan pertanyaan-pertanyaan maut buatnya. Laporan hospital kononnya dia didera Tengku Fakhri masih tidak jelas, dibahagian mana dia didera masih kabur. Yang dibisingkan, kononnya ia dilarikan secara paksa selepas menunaikan umarh beberapa tahun yang lalu.
Maka, Manohara yang baru berumur 17 tahun dan berbekalkan wajah yang cantik, tubuh yang terdedah-dedah, kaki yang jinjang yang kebudak-budakan ini hanya menjadikan ibunya yang bertudung rapi sebagai jurucakap dihadapan media setiap kali siding media. Yang sering diluahkan si ibu, dia tidak diberi izin untuk bertemu Manohara di Malaysia. Pihak Malalysia yang menghalang dan menyukarkannya. Manohara hanya sekali sekala sahaja berbicara. Selebihnya tersenyum membuat aksi-aksi menagih simpati. Untung si ibu menjadi jurucakap.
Beberapa hari yang lalu, dia pulang ke Indonesia. Entah berapa jenis intelijen yang membantu kepulangannya. Siapa intelijen ini dan apa kepentingan mereka???
Terkini, pihak kedutaan Indonesia yang berada di Malaysia sendiri akan mengambil tindakan tegas kepada Manohara yang menuduh mereka ‘disuap’ oleh pihak Malaysia. Hari ini pula, peguam yang nekad untuk mewakili Manohara pula bertindak menarik diri dan bakal dig anti oleh peguam yang lain kerana muak melihat ketidakseriusan anak guamnya yang jalan ceritanya penuh kekaburan.
Ada apa sebenarnya Manohara ini ? Apa yang dicarinya ? Apa yang ingin diselindunginya jika benar-benar kemanusiaannya dicabul ? Kami yang berada di Indonesia pula yang sering dipersoalkan dan diperli setiap hari. “ waduhh..ngapaian anak Sultan Kelantan perlakukan begitu sih…”inilah setiap hari kalimah yang kami terima sehingga terasa muak, tetapi tidak sampai termuntah. Hari ini ucapan ini makin menghilang dari teman-teman dan jiran berdekatan rumah akibat melihat kebodohan dan kebengongan Manohara. ( kalaulah Saiful Bukhari yang tuduh Anwar liwat ini tahu, mungkin Saiful pun ketawa pada Manohara ). Jika benar, mengapa terlalu banyak fakta yang disembunyikan sehingga bertukar-tukar jalan ceritanya ?
( Hajat dihati tidak mahu bicara soal Manohara ini. Tapi, telinga sudah terasa panas kemerah-merahan dek pertanyaan setiap hari…Manohara oh Manohara…kok ngapain kamu jadi gitu sih...)
Dalam pemahaman orang Melayu khasnya dan rata-rata manusia umumnya termasuk golongan ‘pembaharu’ ( pemikir-pemikir hak asasi manusia ) , mereka sudah masak dengan kefahaman bahawa makna ‘ADIL’ adalah sama rata, sama banyak atau sama-sama seimbang.
Natijah dari kesilapan memahami makna ‘adil’ ini, akhirnya membuatkan muncullah kenyataan : Islam itu tidak adil dan Allah itu tidak adil. Kata golongan ini, antara buktinya adalah:
a)Dalam bab nikah kahwin – lelaki diberi hak beristeri sehingga 4 ( jika mampu berlaku adil ), adapun wanita tidak.
b)Aurat lelaki sedikit, adapun aurat wanita itu banyak.
c)Pembahagian harta pusaka (fara’id) – lelaki dapat 2 bahagian dan wanita hanya 1 bahagian.
d)Lelaki boleh bekerja sehingga lewat malam, wanita ditegah.
e)Lelaki menjadi ketua keluarga ( mencari rezeki, bekerja, mencari tempat perlindungan dan sebagainya ), adapun wanita dihadkan fungsinya.
Ini menandakan Islam tidak adil dan mendiskriminasikan wanita, kata mereka.
Adil Menurut Islam
Dalam Islam, adil adalah ‘meletakkan sesuatu (sesuai ) pada tempatnya. Bukan bermaksud sama banyak atau sama rata atau seimbang dalam semua perkara. Contohnya dalam bab aurat : Islam menetapkan had aurat yang wajib ditutup bagi wanita lebih banyak dari lelaki, sesuai dengan kejadian ciptaannya. Allah menjadikan mereka ini cantik dan indah sehingga boleh menarik perhatian kaum lelaki, maka bermakna wanita adalah barang mahal dan berharga yang tidak boleh sesuka hati ditonton oleh sesiapa sahaja melainkan orang-orang yang tertentu yang dikhaskan iaitu suami dan ahli keluarga. Maka, wanita dipelihara oleh Allah dengan aurat yang agak lebih sedikit dari lelaki. Inilah Islam yang meletakkan sesuatu aturan sesuai dengan fitrah kejadian manusia kerana Allah yang lebih berhak tahu tentang keperluan makhluk yang Dia sendiri ciptakan.
Bahkan jika mahu dikatakan Islam itu zalim, iaitu tidak adil menurut pemahaman manusia hari ini, maka lihatlah bagaimana keadaan wanita sebelum kedatangan Islam. Mereka dihinakan sebegitu dahsyat, dijadikan bahana pameran, dijadikan bahan pemuas nafsu sahaja sama seperti hari ini wanita diesksploitasi untuk cover depan majalah untuk tujuan pelarisan perniagaan atau apa-apa produk. Maka, inilah kehinaan dan kezaliman kepada wanita sebenarnya. Begitulah juga dalam bab hak mencari rezeki, hak dalam harta warisan dan sebagainya.
Maka, lawan bagi kalimah adil adalah zalim iaitu meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya seperti pakaian yang sepatutnya dipakai oleh orang lelaki, lalu dipakai oleh wanita, itulah Zalim.
Adil Dalam Fiqh dan Hadith
Dalam ilmu fiqh dan hadith, makna adil berbeza pula.
Fiqh : Apabila disebut seorang saksi kes zina dalam Islam hendaklah saksi yang adil. Maka makna adil dalam konteks Fiqh adalah :
“ saksi yang tidak fasiq iaitu hidup melakukan dosa besar “. Maka saksi yang fasiq tidak sah dan tertolak menurut pandangan Islam kerana mana mungkin orang yang hidup dalam dosa besar muncul untuk menjadi saksi dalam perkara melibatkan dosa besar juga. Sudah tentu soal kepercayaan terhadap mereka ini, boleh dipertikaikan.
Hadith : Antara sebab hadith itu menjadi sohih adalah kerana perawinya bersifat adil. Maksud perawi yang adil dalam Ilmu Hadith sama sahaja seperti adil dalam bab Fiqh, cuma ada sedikit tambahan iaitu :
“ mengerjakan suruhan dan taat kepada Allah, tidak melakukan dosa besar, menjauhi perkara yang boleh merosakkan iman (aqidahnya) , tidak mengikut mana-mana hadith yang bertentangan dengan syara’, menjaga maruah baik dari segi syara’ mahupun adat “
Adil dalam hadith juga adalah perawi hadith itu tidak termasuk difitnah atau dituduh dengan 5 perkara ini :
a)berdusta, fasiq, jahil dan bid’ah.
b)Bergaul dengan sahabat-sahabat yang tidak bermaruah (berakhlak).
c)Keterlaluan dalam bergurau senda.
d)Membuang air ditepi jalan.
e)Makan dijalanan (kedai-kedai dll – pen)
Maka ,hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang tidak adil iaitu fasiq adalah ditolak. Mudahan-mudahan kita sama-sama memahami makna adil dalam Islam dan dalam konteks ilmu hadith dan ilmu Fiqh ini.
Sumber rujukan :Pengantar Ilmu Hadis – Rosmawati Ali @ Mat Zin – Kuala Lumpur.
Berikut adalah keputusan pemilihan kepimpinan PAS sesi 2009 – 2011
Muktamar PAS Pusat kali ke-55 di Shah Alam & Taman Melewar, KL
5 – 7 Jun 2009
PENGERUSI TETAP (MTB)
Abu Kasim Bin Abdullah, Ustaz Haji
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Hussin Bin Haji Ismail, Haji
PRESIDEN (MTB)
Abdul Hadi Hj Awang , YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji
TIMBALAN PRESIDEN
Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz Haji
NAIB PRESIDEN
Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ Ustaz(877)
Salahuddin Ayub, YB (824)
Mahfuz Omar, YB Dato' Haji (663)
AHLI JAWATANKUASA KERJA
Mohamad Nizar Jamaluddin, YAB Dato' Seri Ir (854)
Idris Haji Ahmad, Ustaz Haji (799)
Kamarudin Jaffar , YB Dato’ (769)
Azizan Abd Razak, YAB Dato’ Seri Ustaz (653)
Hasan Mohd Ali , YB Dato' Dr Hj (642)
Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. Haji (638)
Abdul Ghani Samsudin, Ustaz Haji(637)
Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz Haji (622)
Mohamed Hanipa Maidin, Sdr (619)
Amiruddin Hamzah, YB Dato' Ir. (606)
Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali, YB Dr. (589)
Ab Ghani Abdul Rahman, Ustaz Haji (584)
Dzulkefly Ahmad, YB Dr. (576)
Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr. (530)
Hashim Jasin, YB Ustaz Haji (522)
Mazlan Aliman, Sdr (513)
Taib Azamudden Md Taib, YB Ustaz Haji (508)
Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. (488)
PEMERIKSA KIRA-KIRA
Mohd Rashidi Bin Hassan
Musaniff Abd Rahman
Dewan Pemuda PAS Pusat 2009-2011
PENGERUSI TETAP Misbahul Munir Masduki (MTB)
TIMBALAN PENGERUSI TETAP Aris Awang (MTB)
KETUA Nasrudin Hassan (MTB)
TIMBALAN KETUA Azman Shapawi Abd Rani (MTB) NAIB KETUA Ahmad Sabki Yusof (MTB)
* MTB - Menang Tanpa Bertanding
AHLI JAWATANKUASA KERJA DEWAN (23 bertanding - 12 kerusi) 1. Riduan Mad Nor (197 undi)
2. Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz (194)
3. Mohd Firdaus Jaafar (176)
4. Mohd Nazri Chik Zain (176) 5. Suhaizan Kaiat (165)
6. Nasir Zakaria (152)
7. Kamal Ashaari (145)
8. Kamaruzaman Mohamad (139)
9. Khairul Faizi Ahmad Kamil (139)
10. Mohd Adram Musa (135)
11. Abdullah Abdul Karim (127)
12. Dr. Rosli Allani Abd Kadir (126)
PEMERIKSA KIRA-KIRA
1. Jamel Saring
2. Muzammil Hafiz
Dewan Ulama PAS Pusat 2009-2011
Ketua: Ustaz Harun Taib (Menang tanpa bertanding - MTB)
Timbalan: Ustaz Tuan Ahmad Yaakob (MTB) Naib: Dr Mahfodz Omar (MTB)
AJK: 1. Ustaz Husin Awang (193 undi)
2. Ustaz Ghani Shamsudin (186) 3. Ustaz Nik Zawawi (186)
4. Ustaz Saleh Sani Harun (156) 5. Ustaz Abu Bakar Abdullah (153)
6. Dato' Ustaz Mohd Daud Iraqi (152)
7. Ustaz Abdullah Abd Razak (152)
8.Ustaz Hasan Mohamad (143)
9.Ustaz Ismail Noh (138)
10.Ustaz Mohd Zain Abd Rahman (138)
11.Ustaz Mohd Mustafa (131) 12.Ustaz Abdullah Husin (129)
Pemeriksa Kira-kira: Ustaz Hj Ibrahim Omar (188)
Dewan Muslimat PAS Pusat 2009-2011
Pengerusi Tetap : Nor Hashimah Deraman (154 undi)
Timbalan Pengerusi Tetap : Wan Hamidani Wan Ahmad (162)
Ketua Dewan Muslimat : Ustazah Nuridah Mohd Salleh (136)
Timbalan Ketua : Siti Zailah Mohd Yusoff, 142
Naib Ketua : MumtazMd Nawi (menang tanpa bertanding)
AJK DMPP
Wan Ubaidah Omar, 196 Halimah Ali, YB. Dr.173
Mastura Hj Mohamad 173
Aiman Athirah Al Jundi 162
Najihatussalehah Ahmad, 158
Siti Mariah Mahmud 156
Rosni Adam, Dr.155
Azizah Khatib Mat, 147 Salbiah Abd Wahab 147
Nurul Huda Yusof Rawa 135
Wardatul Jannah As Sofea 125
Fatimah @ Zainab Ibrahim, 122
Pemeriksa kira-kira
1. Basmatul 'Uyun Yusof
2. Wan Hasna Wan Ismail
SELAMAT MENJALANKAN TUGAS – TERUSKAN MEMACU PERJUANGAN.
Jika di Malaysia sebelum ini dikejutkan dengan penerbitan filem ‘GUBRA’ terbitan Yasmin Ahmad yang menuai kontroversi yang cukup dahsyat, di Indonesia kini muncul pula filem ‘Perempuan Berkalung Sorban’ yang lebih parah isinya dalam memberi gambaran buruk terhadap Islam.
Di dalam filem GUBRA yang entah mengapa dimulai dengan paparan lafaz ‘Bismillahirrahmanirrahim’ antara lain memaparkan pemikiran ‘Pluralisme’ dan ‘Liberalisme’ secara halus dan terancang. Antaranya ditonjolkan watak seorang lelaki (Bilal) yang baru memeluk Islam, kemudian memegang anjing dalam perjalanan menuju ke surau, aksi seks diiringi laungan azan Subuh, wanita mencabut bulu dada seorang lelaki Cina asing, perbicaraan diatas katil dijadikan perbualan biasa, kempen murtad secara halus antara wanita Islam dan lelaki Cina dan diselangi aksi seks dengan bunyi azan lagi, menunjukkan konsep semua agama adalah sama (pluralisme) dan sebagainya.
Perempuan Berkalung Sorban (baca: serban) yang wataknya dilakonkan oleh pelakon ‘Bawang Putih’ (saya tidak tahu namanya ) menceritakan bagaimana dia yang merupakan anak seorang kiyai disebuah pesantren (pondok ) didiskriminasikan begitu dahsyat oleh guru-guru dipesantren termasuk bapanya sendiri yang mempunyai fahaman yang sempit dan keras dalam agama. Contohnya, dia dipaksa menikah lelaki yang ditentukan oleh bapanya sendiri sehingga lelaki itu menzaliminya setelah menjadi isteri, dia dan pelajar-pelajar pesantren tidak dibenarkan keluar ke kedai sedikitpun melainkan ada lelaki yang menemani, buku-buku dari selain kitab-kitab pesantren seperti novel, cerita dan sebagainya tidak dibenarkan langsung dibawa masuk ke pesantren Al-Huda tersebut, suasana tekanan digambarkan dirasai oleh pelajar-pelajar wanita dipesantren tersebut sehingga ada yang melarikan diri, buku-buku dari luar itu akhirnya dirampas dan dibakar dengan iringan takbir, berkarya untuk menulis pun dianggap ancaman moderan yang merbahaya bagi pelajar dan sebagainya.
Wanita anak kiyai inilah digambarkan sebagai ‘pejuang hak asasi wanita’ didalam mempertahankan hak-hak mereka yang dicabuli oleh kiyai-kiyai dan guru-guru berfikiran sempit ini. Dia yang bersusah payah ‘menyeludup’ buku-buku bacaan dari luar untuk pelajar-pelajar perempuan yang kepingin untuk membacanya sehingga beliau dimarahi pihak pentadbiran pesantren. Dia yang merasai tekanan untuk memperjuangkan kebebasan dan keterbukaan ini diuji pula denga kematian suaminya yang kedua setelah bercerai dengan suami yang pertama. Akhirnya perjuangannya yang didokong oleh pelajar-pelajar perempuan dipesantren ini berjaya melenyapkan pemikiran sempit kiyai dan guru-guru lain.
Diakhir filem, digambarkan wanita ini menunggang kuda yang satu ketika dahulu menunggang kuda pun diharamkan oleh bapanya (kiyai) dipesisir pantai bersama anaknya dengan penampilan sorban (serban) berwarna merah dileher . Diakhir filem, sorban merah itu dicabut dari lehernya dan dibuang ketanah. Jelas, imej agama yang sempit itu disimbolkan kepada ‘serban’ tersebut yang dirungkai dari lehernya.
Filem ini ditentang oleh sebahagian besar pertubuhan-pertubuhan Islam dan Majlis Ulama’ Indonesia (MUI) kerana jelas penyimpangannya dalam memberi gambaran kepada Islam seolah-olah itulah gambaran Islam yang terlalu keras, sempit dan mendiskriminasikan wanita serta terang-terangan memberikan gambaran yang sangat berat sebelah kepada system pengajian di pesantren. Mungkin filem ini sudah sampai di Malaysia, wallahua’lam.
Ada orang bertanya saya apa itu Wahabi. Saya hanya menjawab : “maaf, ana kurang tahu secara detail”. Ada seorang ustaz dari Malaysia datang ke Aceh, bertanyakan saya apa cabaran-cabaran berada disini. Saya menjawab “berada di Indonesia perlu bersiap hadapi cabaran pemikiran. Terlalu banyak aliran pemikiran yang pelik-pelik, ajaran sesat, JIL dan lain-lain. Bab Aqidah dan asas Islam mesti kuat”. Beliau pula menambah : “ ya, banyak yang perlu diwaspadai…islam liberal..Wahabi…” . Saya tersenyum sahaja apabila dia menyebut Wahabi. Di Indonesia, aliran Wahabi sering dinisbahkan kepada pertubuhan Muhammadiyyah.
Malam tadi, pengajian bahasa Arab mingguan kami bertukar topic kepada persoalan Wahabi, bid’ah dan sejenisnya gara-gara seorang teman yang menimbulkannya dan didengari oleh ustaz, maka ustaz pun meminta pandangan kami. Kami hanya menjawab : maaf ustaz, kami pun banyak yang tak tahu..” Penjelasan, pandangan dan persoalan diberikan oleh ustaz kepada kami.
Antaranya :
1)Yang menggelar ‘wahabi’ kepada kelompok ini orang ramai atau mereka sendiri yang menggelar diri mereka Wahabi? Pernahkah mereka mengaku diri mereka adalah Wahabi ? dan siapakah yang mulakan pelabelan istilah Wahabi kepada mereka ?
2)Berapa ramai orang yang menyerang Wahabi, Salafi dan sebagainya, padahal mereka sendiri tidak tahu apa sebenarnya melainkan kerana terikut ( taqlid ) dengan orang lain yang mengkritik sedangkan mereka sendiri tidak pernah membaca dan mengkajinya.
3)Berapa ramai orang yang mengaku dia adalah Salafi, tetapi kehidupannya tidak mencerminkan bahawa dia golongan yang mengikuti jejak langkah Salafus Soleh. Boleh mengaku ‘saya Salafi’ , tetapi pastikan benar-benar mengikutnya. Jika tidak, diamkan sahaja.
4)Siapa Salafussoleh ? Mereka adalah golongan terdahulu diawal perkembangan Islam. Yang terbaiknya, kita berpegang kepada Hadith Nabi : Sebaik-baik manusia adalah pada kurunku ( Nabi dan sahabat ), kemudian kurun selepas ku ( Tabi’in ) dan kemudian selepas itu ( Tabi’ Tabi’in )”.Maka inilah golongan Salafussoleh yang ‘asli’. Adapun selepas itu telah muncul pelbagai aliran dan kefahaman yang pelbagai yang bisa kita terima dan bisa kita tolak.
5)Imam-Imam Mazhab sendiri sebenarnya tidak mahu mereka itu dijadikan contoh ikutan. Maka istilah ‘ pengasas’ mazhab ini adalah Imam Syafie. Imam Malik, Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Hanafi adalah tidak tepat kerana bukan mereka yang menjadi pengasas kepada mazhab tersebut. Namun ulama’-ulama (muridnya) selepasnya yang menisbahkan kefahaman itu dan ini adalah dari mazhab ini (mana-mana mazhab). Imam Syafie sendiri pernah menyebut : Sekiranya kamu bertemu dengan Hadith yang lebih rojih ( sohih dan kuat ) daripada Hadith yang aku riwayatkan, maka ambillah yang itu dan tinggalkan hadith dari ku ini.
6)Benarkah pembahagian bid’ah terbahagi kepada 2 iaitu hasanah (baik) dan sayyi’ah (buruk/tercela) itu dari ucapan Imam Syafie ? atau dari ucapan ulama’ lain lalu dinisbahkan kepada Imam Syafie? Didalam kitab Imam Syafie, pembahagian bid’ah disebut bid’ah duniawi dan ukhrawi. Sebagai contoh bid’ah duniawi adalah kewujudan kenderaan pada hari ini. Maka ia tidak menyangkut soal ibadah atau ukhrawi.
7)Tahlil adalah amalan yang baik kerana maksud tahlil adalah ‘mengucapkan kalimah Lailaha illallah’. Namun kaedah pelaksanaanya yang menyebabkan rosak dan bid’ahnya amalan tersebut. Contohnya: penetapan bilangan hari untuk mengadakan tahlil, tuan rumah yang sedang berduka yang menyediakan makanan (bahkan ada yang terpaksa berhutang), tuan rumah sendiri tidak turut serta, tetapi hanya menjemput orang yang datang kerumah. Maka yang terbaiknya, jiran yang menyediakan makanan kepada keluarga simati dan lebih baik ahli keluarga yang berkumpul bersam berdoa untuk simati baik bertahlil ( Lailahaillallah) atau berdoa.
8)Hadith Nabi mengenai ‘Kullu bid’atin dholalah…….” Itu jelas dan tidak perlu dita’wil dengan macam-macam lagi. Jika ada yang menyebut “saya melaksanakan amalan ini walaupun Nabi tidak buat semata-mata untuk tujuan baik “, maka dia perlu memahami hadith Nabi ini :
“ Tidak ada sesuatu kebaikan pun melainkan aku telah contohkan dan tidak ada satu keburukan pun melainkan aku telah larangnya. “ Maka amalan apa sahaja yang baru dimunculkan dengan tidak ada sumber, seolah-olah menggambarkan masih tidak cukup apa amalan yang Nabi telah contohkan dan laksanakan.
9)Terdapat juga satu ungkapan ( maaf, saya lupa statusnya hadith atau kata-kata ulama’-tolong disemak semula ) : “ tidak ada satu bid’ah yang timbul, melainkan disana adanya sunnah yang ditinggalkan”.Contoh mudah : Orang melazimi bacaan Yasin dimalam Jumaat, akhirnya mereka meninggalkan bacaan Surah Al-Kahfi yang sunnah (ada dalam hadith Nabi). Bukan tidak boleh membaca Yasin, namun penetapan hari dan menjadi pelik jika tidak dibuat, itu yang bermasalah. Mungkin baik jika sekali sekala ditukar dengan Al-Kahfi pula.
10)Doa Qunut bukan permasalahan bid’ah, ia adalah masalah khilafiah ( pelbagai pandangan ulama’ ) kerana ada hadith Nabi pernah melakukannya dan ada juga hadith yang Nabi pernah meninggalkannya. Maka terpulang kepada kita. Jika kita berada ditempat orang yang melakukannya, maka ‘raikanlah’ mereka dengan melakukannya. Begitulah sebaliknya.
11)Berzikir selepas solat adalah anjuran dari Nabi. Sebagai contoh : membaca Al-Ikhlas 3 x, Al-Falaq 3 x dan An-Nas 3 x, Tasbih 33 x , Tahmid 33 x dan Takbir 33 x. Adapun jika ada pelbagai penambahan-penambahan dalam bacaan zikir selepas solat, mungkin itu hanya amalan ulama’-ulama’ sahaja. Yang terbaiknya, kita mengikuti yang dibuat jelas oleh Nabi ( rujuk didalam mana-mana kitab bab solat atau zikir selepas solat yang sohih ).
12)Dalam soal men’jahar’kan ( menguatkan ) bacaan zikir selepas solat, jika kita bertujuan mendidik anak-anak, murid disekolah, maka kita yang menjadi imam boleh kuatkan suara dengan tujuan memberitahu kepada mereka apa yang perlu dibaca selepas solat. Adapun setelah mereka sudah benar-benar faham dan bisa lakukan, sudah cukup. Masalah yang sering timbul adalah : ramai orang yang lebih suka mengikuti zikir bersama imam (mungkin hanya ikut-ikut sahaja), akhirnya soal berapa jumlah bilangan bacaan-bacaan yang sunnah itu tidak dipedulikan lagi kerana mereka sendiri bukan menghitungnya sendiri. Maka yang terbaiknya berzikir masing-masing kerana kita lebih bisa memberi tumpuan daripada mengikuti orang.
( Kerana maksud solat adalah : amalan ibadah yang dimulai dengan takbiratul Ihram dan disudahi dengan salam. Maka berzikir dan berdoa bisa secara sendiri-sendiri. Walaupun ia tidak termasuk rukun solat, janganlah ditinggalkan langsung kerana Nabi sendiri mengangkat tangan berdoa pada Allah )
13)Masalah di Malaysia dalam isu bid’ah ini adalah :
a)Teknik (uslub) para ustaz, da’ie dan sebagainya yang tidak baik dalam memberi penerangan tentang permasalahan ini kepada orang awam baik dikampung atau dikota. Drastik, keras dan terburu-buru. Sampaikan secara tidak langsung, perlahan-perlahan itu lebih baik. Jangan terus mem’bid’ah’kan mereka. Ada sebuah kata-kata :jika sebuah perkara yang baik yang jika terus disampaikan pada saat itu, akan menimbulkan mudarat sahaja, maka tinggalkan dahulu (sementara waktu). Namun, jika kita ditanya oleh mereka itu, maka terus terang dan segerakan penyampaian secara jelas (kerana mereka sendiri yang datang bertanya).
b)Segelintir orang yang sering berbicara soal bid’ah, salafi dan sebagainya, mereka sendiri tidak mencerminkan amalan yang benar-benar baik, bahkan sibuk soal bid’ah, yang wajib sendiri mereka tidak terjaga .(Bukan semua, segelintir sahaja).
Baik, inilah sahaja yang dapat saya kongsi dengan teman-teman pembaca hasil perkongsian dengan ustaz. Apa-apa pun, saya tidak memaksa pembaca untuk terus bersetuju dengan saya atau ustaz ini sepenuhnya. Yang saya mahukan hanya kita mengubah sikap daripada menyerang dan bermusuhan dengan sesuatu yang tidak kita ketahui kepada menyerang dan bermusuhan dengan sesuatu yang kit baca, kaji dan teliti, sumber yang jelas dan seumpamanya. Itu sahaja. Baik kepada Wahabi , Salafi atau sesiapa sahaja kerana inilah sifat penuntut ilmu yang tidak terus ‘beriman’ dengan sebuah sumber dan menafikan sumber yang lain.Elakkan sering mengungkapkan kalimah “menurut saya, menurut pandangan saya, saya beranggapan….gunakanlah “menurut Al-Qur’an, menurut Hadith, menurut ulama’…khasnya dalam soal hukum hakam agama..jika tidak tahu, katakan sahaja “saya tidak tahu” .
Bahkan, saya bersetuju jika ada teman-teman yang berbeza pandangan dan mengkritik Pres.Gamis contohnya, namun syaratnya anda mesti berhadapan dengannya dan dengar penjelasannya dahulu. Kemudian bantahlah dan kritiklah pandangannya itu jika tidak benar dan tepat.
Kini rakyat Indonesia hanya menunggu hari-hari untuk memilih Presiden dan wakil (timbalan) Presiden yang bakal diadakan tanggal 08 Julai 2009. Majalah Sabili keluaran 04 Jun 2009 menjadikan isu pemilihan calon Pres dan wakil Pres sebagai tajuk utama keluaran kali ini dengan tajuk ‘Dicari Presiden Pembela Umat : Yang Berani Membubabrkan Ahmadiyah’.
Sebelum ini, PKS antara partai politik bernuansakan Islam yang mengisytiharkan ingin berkoalisi dengan partai Demokrat bagi memenangi jawatan wakil Presiden bersama dan Demokrat bertanding jawatan Presiden dengan wakilnya, Susilo Bambang Yudhoyono. Akhirnya, disaat akhir, Demokrat memutuskan sebaliknya sehingga beberapa pimpinan tertinggi PKS sedikit ‘angin’.
Di Indonesia, antara partai politik Islam adalah Partai Keadilan Sejahtera (PKS), Partai Amanat Nasional (PAN), Partai Kebangkitan Bangsa (PKB), Partai Persatuan Pembangunan (PPP), Partai Kebangkitan Nasional Ulama’ (PKNU), Partai Bulan Bintang (PBB) dan lain-lain. Namun, sangat menyedihkan apabila keputusan pemilu kali ini menunjukkan suara kepada partai-partai Islam terus berkurangan termasuk PKS yang meletakkan target jawatan wakil Pres untuk Pemilu 2009 dan jawatan Pres untuk Pemilu 2013 nanti.
Pelbagai tanggapan dan teori kemerosotan partai-partai Islam disebut oleh banyak pihak khasnya kepada PKS. Antaranya, sikap mereka yang terlalu mewar-warkan untuk berkoalisi (bergabung kerjasama) dengan partai-partai secular seperti Demokrat dan parti-parti lain bagi memenangi jawatan wakil Pres sehingga menibulkan kesangsian kepada umat Islam terhadap ketulenan perjuangan Islam mereka. Namun, PKS tetap menyebut itu adalah sebahagian strategi dakwah. Wallahua’lam.
Berikut adalah jumlah kerusi parlimen yang dimenangi oleh 9 partai politik tertinggi :
Bil
Nama Partai
Bil Kerusi
Bil Kerusi (Pemilu sebelumnya)
1
Partai Demokrat
150
148
2
Partai Golongan Karya (Golkar)
107
108
3
Partai Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDI-P)
95
93
4
Partai Keadilan Sejahtera (PKS)
57
59
5
Partai Amanat Nasional (PAN)
43
42
6
Partai Persatuan Pembangunan (PPP)
37
39
7
Partai Kebangkitan Bangsa (PKB)
27
26
8
Partai Gerakan Indonesia Raya (Gerindra)
26
30
9
Partai Hati Nurani Rakyat (Hanura)
18
15
Kini, calon Pres dan wakil Pres dari partai-partai yang berkoalisi telah diumumkan. Berikut adalah gabungan-gabungannya:
Bil
Calon Pres
Calon wakil Pres
1
Susilo Bambang Yudhoyono ( Demokrat )
Boediono ( non-parti)
2
Megawati Sukarnoputri ( PDI-P)
Prabowo Subianto (Gerindra
3
Jusuf Kalla (Golkar)
Wiranto ( Hanura)
Catatan:Susilo, Wiranto dan Prabowo adalah bekas-bekas tentera Nasional Indonesia (TNI).
Apakah keputusan terkini dari partai-partai Islam, saya kurang mengetahuinya. Sebelum ini, pelbagai pertubuhan-pertubuhan Islam seperti Majlis Mujahidin Indonesia (MMI), Hizbut Tahrir Indonesia (HTI), Forum Solidaritas Muslim (Fosmi), Nahdhatul Ulama (NU), Muhammadiyyah, Front Pembela Islam (FPI), Persis, Al-Irsyad dan lain-lain menyatakan sokongan kepada partai-partai Islam jika sama-sama bersatu dibawah sebuah kesatuan. Namun, semuanya tidak terjadi. Apa strategi, apa masalah sesama partai Islam, saya kurang ketahui. Yang jelas, umat Islam sudah melihat ketidakyakinan partai-partai Islam untuk menonjolkan calon Pres dan wakil pres mereka sendiri.
Bak kata Cholil Ridhwan, juru bicara Forum Koalisi Keumatan tanggal 13 Mei lalu di Jakarta, “….kerana perempuan haram jadi pemimpin (ketua Negara)..diantara yang terbaik, minimal kami akan pilih Presiden yang isterinya berjilbab, Jusuf Kalla dan Wiranto”.
Kata Bapak Dosen ( pensyarah ) kami didalam bilik kuliah, dahulu di Indonesia ada seorang orientalis dari Belanda yang dihantar khas dalam misi penjajahan Negara umat Islam Indonesia. Namanya Snouck Hurgronje ( 1857-1936 ). Antara tempat yang terawal pihak kuffar Belanda melakukan imprealisme adalah wilayah Aceh Darussalam. Ratusan tahun Belanda gagal melakukan penjajahan melalui pendekatan bersenjata ke atas Aceh. Akhirnya mereka menghantar Snouck sebagai ‘duta’ mereka.
Selama berada di Aceh, tugasan Snouck adalah menjadi peneliti adapt dan budaya umat Islam di Aceh. Bagi penjajajah, dengan memahami kondisi dan budaya setempat memudahkan mereka melakukan imprealisme tersebut, bukan dengan mendahulukan serangan bersenjata kerana umat Islam di Aceh adalah para pejuang yang sangat kuat dan berani walaupun hanya berbekalkan senjata buluh runcing sahaja disaat itu.
Snouck mengambil masa yang sangat singkat iaitu 10 tahun sahaja ‘mendiami’ Aceh sebagai peneliti setelah Belanda gagal menjajah Aceh. Beliau berperwatakan yang sangat baik dengan masyarakat Indonesia, berkahwin dengan wanita Indonesia dan akhirnya mengisytiharkan dirinya memeluk Islam bagi mengelabui mata umat Islam di Indonesia. Namanya ditukar kepada Haji Abdul Ghafur dan juga dikenali sebagai Haji Putih kerana beliau orang putih.
Dengan dana dari kuffar Belanda, beliau menunjukkan keikhlasannya dengan mendirikan masjid yang banyak di Aceh. Maka saat itulah, Snouck memunculkan hadith yang berbunyi ‘dunia adalah bangkai, maka cinta pada dunia umpama anjing’. Akhirnya umat Islam asyik dengan ibadah, dengan masjid sahaja..Belanda pun datang dan menjajah umat Islam di Indonesia khasnya Aceh dengan mudah setelah Snouck pulan ke Belanda dan menyampaikan adapt dan budaya umat Islam di Indonesia yang perlu dihormati oleh Belanda bagi memudahkan penjajahan.
Saya mula melibatkan diri dengan dunia blog ini pada bulan Ogos 2008 setelah berkali-kali memikirkan untuk mewujudkannya. Saya tidak meletakkan target atau fokos tertentu artikel-artikel, berita atau apa sahaja bahan-bahan yang akan saya sampaikan di sini. Apa sahaja yang berkaitan dengan Islam baik mengenai Dunia Islam dan ummahnya, pengajian dan keilmuan, kemahasiswaan, catatan pengalaman dalam kehidupan dan dakwah, catatan permusafiran di perantauan dan sebagainya yang saya rasakan perlu dikongsi dengan para pembaca, maka saya akan usahakan penyampaiannya. InsyaAllah. Justeru itu anda berhak untuk membaca, memikirkan, menghayati dan memanfaatkannya, namun untuk terus menerima dan bersetuju dengan segala perkara yang saya sampaikan, anda yang lebih mengetahui. Jika ia hanya pandangan peribadi saya, wajar untuk anda tidak terus mengiyakannya. Anda juga boleh sahaja memberikan apa-apa sokongan, dorongan, teguran, pandangan dan kritikan yang membina dengan penuh perasaan mahabbah dan ukhwah Islamiyyah yang dibaluti dengan akhlak terindah. Tiada hari-hari atau kekerapan khusus dalam penyampaian bahan-bahan di sini. Saya hanya menggunakan waktu-waktu kelapangan sahaja. Saya akan terus menulis apa sahaja yang saya fikirkan mendatangkan manfaat dan maslahah kepada Islam dan ummahnya. Sebagaimana hidup memerlukan kepada misi dan visi yang jelas, maka di dalam penulisan ini, saya juga mempunyai misi dan visi. InsyaAllah. Terima kasih atas kunjungan kalian.
Lahir 23 Jun 1986. Sek.Keb.Felda Sena Jengka 16 (1993-1999). Ma'ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini, Bandar Jengka (1999-2003). Kulliah Al-Lughah Wad Din Sultan Abu Bakar,Pekan (2004). Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilam Puri, Kota Bharu (2005-2008). Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Ar-Raniry, Aceh Darussalam, Indonesia (2008-2010). Pemegang Ijazah Sarjana Muda Jurusan Tafsir & Hadith ini kini berkhidmat sebagai seorang pendidik di sebuah sekolah menengah agama (arab) di tengah ibu kota, Kuala Lumpur dan turut menyampaikan pengajian agama dibeberapa buah masjid sekitar. Boleh dihubungi ditalian 019-2069750 atau saifulislam_gema@yahoo.com
من كان يؤمن بالله واليوم الأخر فليقل خيرا أو ليصمت - الحديث
Apa Kata Mereka Pada Islam ?
William Ewart Gladstone ( 1809 - 1898 ) - mantan PM Britain zaman Queen Victoria "selagi mereka ( umat Islam ) berpegang dengan kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari Kitab ini". - ( ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur'an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan )
Theodore Hertzel - pencetus idea penubuhan negara Yahudi ( tulis buku Negara Yahudi : 1895 ) "misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam..jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan jabatan..jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil..laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran - ucapan di Persidangan Yahudi di Basle, Switzerland : 1897.
Lord Cromer - Gubernor Inggeris di Mesir & Sudan telah menulis " bahawasanya tanah jahan yang diberi kemerdekaan itu perlu diserahkan kepada anak negeri yang dapat melangsungkan dasar-dasar dan polisi yang menjaga kepentingan dan keselamatan Barat "
10 Rancangan Kuffar Hancurkan Islam
1) Lenyapkan sistem pemerintahan Islam.
2) Menghapuskan Al-Qur'an.
3) Hancurkan akhlak Muslim, fikiran , hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka mengikut hawa nafsu.
4) Lenyapkan kesatuan kaum Muslimin.
5) Ragukan kaum Muslimin terhadap agamanya.
6) Lemahkan bangsa Arab.
7) Dirikan negara diktator di dunia Islam.
8) Pisahkan kaum Muslimin dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan barangan Barat.
9) Singkirkan tokoh-tokoh Islam dan tamatkan Gerakannya.
10) Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas.