Ahad, 6 Disember 2009

Mudah-mudahan kalian bahagia di bawah redho Allah

Ucapan selamat mengakhiri zaman bujang, selamat membina Bait Muslim, selamat melaksanakan Sunnah Rasulullah ku tujukan khas buat kekanda yang disayangi, Ust Dzul Khairi bin Mohd Noor, mantan Pres.GAMIS 07/08 dan 08/09 yang telah melangsungkan perkahwinannya 29 Nov 2009 yang lalu.

Mudahan-mudahan isteri tercinta, rakyat Tapah, Perak Darul Ridzuan, Ukhti Raihana menjadi pembantu di sisi dalam memacu perjuangan gerak kerja dakwah dan tarbiah di bumi Malaysia, InsyaAllah. Semoga dibahagiakan Allah sehingga akhir hayat dan lahir darinya zuriat yang sholeh dan sholehah pembantu agama Allah.

Gambar dari: http://penjagaagama.blogspot.com/ blog Muhammad Haafizuddin Abi Rerah, mantan Pres.PMIUM 08/09.