Jumaat, 6 November 2009

Mahasiswa Demonstrasi Pertahankan Qanun Jinayah di Aceh

Lebih 100 mahasiswa dari Institut Agama Islam Negeri ( IAIN ) Ar-Raniry dan Universitas Syiah Kuala ( Unsyiah ) bergabung dalam satu kesatuan yang diberi nama Mahasiswa Untuk Syariat Islam ( Mahsyar ) melakukan aksi demonstrasi dihadapan kantor Gubernor Aceh pagi tadi.

Himpunan aman yang bermula sekitar jam 10.45 pagi ( 11.45 Malaysia ) tadi antara lain menuntut agar Gubernor Aceh, Irwandi Yusuf tidak berdolak dalik lagi dalam hal pelaksanaan Qanun Jinayat Islam di bumi Aceh Darussalam. Ini berikutan tindakan Irwandi sebelum ini yang memberikan pelbagai alasan untuk tidak menandatangani undang-undang Qanun Jinayah yang berkait dengan hukuman rejam. Pelbagai alasan dipaksakan agar diterima pakai oleh rakyat Aceh, kata wakil mahasiswa dalam himpunan itu tadi. Hal ini dilihat seolah-olah ada campurtangan pihak asing dalam menekan pemerintah Aceh dari melaksanakan syariat Islam, kata satu sumber. Walaubagaimanapun, ketegasan Irwandi itu yang diperlukan, kata Faisal, salah seorang coordinator himpunan.

Himpunan yang dihadiri oleh anggota Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia ( KAMMI ), Lembaga Dakwah Kampus ( LDK ) IAIN Ar-Raniry dan Unsyiah ini pada mulanya agak kericuhan dengan tindakan pihak keselamatan dan lebih 20 anggota polis yang berkawal yang tidak membenarkan para peserta himpunan masuk ke dalam kawasan kantor. Laungan slogan-slogan mahasiswa ini hanya dilakukan di hadapan pintu pagar masuk ke Kantor Gubernor Aceh sahaja.

Sekitar jam 11.30 pagi, setelah didesak berkali-kali dan ditambah aksi dorong mendorong pintu pagar kantor, akhirnya pihak polisi membuka pagar dan semua peserta himpunan dibenarkan masuk untuk menyuarakan isi hati mereka dihalaman kantor. Namun, Irwandi Yusuf hanya menghantar wakilnya sahaja yang keluar untuk berhadapan dengan para mahasiswa dengan disaksikan oleh puluhan anggota polisi dan wartawan dari pelbagai media.

Beberapa wakil mahasiswa menyampaikan ucapan dengan meluahkan kekecewaan serta menegaskan agar Irwandi tegas melaksanakan Syariat Islam di Aceh kerana undang-undang ini sudah ada dan disahkan oleh anggota Dewan Perwakilan Rakyat Aceh ( DPRA ), namun ditolak oleh beliau. Mereka turut memberi amaran kepada kerajaan Pusat agar tidak campurtangan dalam pelaksanaan Syariat Islam di Aceh dan jangan berani mencabar Qanun Jinayah ini. Jangan sampai undang-undang ini dikontroversikan lagi, tetapi sekarang adalah masa untuk dilaksanakan, kata mereka.

Saat ini, ulama’-ulama di Aceh mula terpecah kepada 2 kelompok iaitu yang mula menzahirkan sikap kekecewaan terhadap pemerintahan Irwandi dan sebahagian lagi berdiam diri dan terdapat juga mereka yang menyetujui agar rakyat difahamkan dahulu mengenai Qanun ini, barulah dilaksanakan agar nanti tidak berlaku masalah. Namun, pimpinan mahasiswa Aceh meyakini bahawa para ulama’ ini sudah mula bimbang untuk berbicara kerana isu qanun ini sudah menjadi permasalahan politik. Mereka turut memegang sepanduk tertulis ‘Jalankan Qanun Jinayat atau mundur !!!’ dan ‘Pak Irwandi jangan gadaikan hukum Allah’.

Himpunan berakhir dengan aman sekitar jam 11.45 pagi dengan bacaan pernyataan sikap oleh Sdr.Faisal selaku coordinator Mahsyar dan bacaan doa. Berikut adalah isi kandungan pernyataan sikap mahasiswa Islam Aceh dibawah gabungan Mahsyar :

“ Aceh adalah daerah provinsi yang merupakan kesatuan masyarakat hukum yang bersifat istimewa dan diberi kewenangan khusus untuk mengatur dan mengurus sendiri urusan pemerintahan dan kepentingan masyarakat setempat. Dewan Perwakilan Rakyat Aceh telah mengesahkan peraturan daerah tentang Qanun Jinayat ( hukum pidana Islam ) dan Qanun Acara Jinayat ( hukum acara pidana Islam ). Kedua Qanun ini sebagai Qanun perbaikan terhadap qanun 12, 13, 14, 2003 tentang khamar, maisir dan khalwat. Banyak pihak yang menilai ketiga qanun tersebut terdapat banyak kelemahan dan kekurangan sehingga perlu dilakukan perbaikan. Maka qanun Jinayat menjadi penting untuk memberi penguatan terhadap pemberlakuan Syariat Islam di Aceh. Namun alangkah sangat menyedihkan ketika masyarakat Aceh mendapati pemimpinnya ( Gubernor ) justeru menolak menandatangani Qanun tersebut.

Maka dengan ini kami yang terhimpun dalam Mahsyar ( Mahasiswa Untuk Syariat Islam ) menganggap perlu untuk menyatakan tuntutan sebagai berikut :

Pertama, mendesak Gubernor Aceh untuk segera menjalankan Qanun Jinayat dan Qanun Acara Jinayat yang telah disahkan oleh DPRA pada tanggal 14 Sept 2009 lalu, walaupun sebenarnya Gubernor Aceh tidak bersedia menandatangani Qanun tersebut. Tapi berdasarkan fasal 37 ayat ( 2 ) Qanun Aceh Nombor 3 tahun 2007 tentang tatacara pembentukan Qanun-Qanun menyebutkan bahawa dalam hal rancangan qanun sebagaimana dimaksud pada ayat ( 1 ) tidak ditandatangani oleh Gubernor / Bupati / walikota dalam waktu paling lama 30 hari sejak rancangan qanun disetujui bersama : Maka rancangan qanun tersebut sah menjadi qanun dan wajib diundangkan, diperkuat dengan fasal 43, UU No 10 / 2004 tentang pembentukan peraturan perundangan.

Disini jelas bahawa sejak tanggal 15 Okt 2009 lalu ( 30 hari sejak 14 Sept 2009 ) Qanun Jinayat telah sah menjadi hukum positif dan setiap orang dianggap mengetahuinya dengan pernomboran dan dimasukkannya kedalam Lembaran Daerah. Maka kami mengecam sikap Gubernor Aceh yang melakukan provokasi-provokasi untuk menggagalkan qanun yang sudah sah tersebut justeru seharusnya Irwandi sebagai pemimpin menghormati setiap keputusan hukum yang ada sehingga dapat menjadi tauladan buat seluruh masyarakat. Bukan malah mempolitisasi qanun tersebut dengan alasan-alasan yang terlalu dipaksakan.

Kedua, meminta kepada pemerintah pusat untuk menghormati qanun jinayat yang telah disahkan oleh DPRA dan jangan sekali-kali melakukan upaya pembatalan atau melakukan revisi perda ( peraturan derah ) yang telah ditunggu-tunggu oleh seluruh masyarakat Aceh, namun apabila hal tersebut tetap dipaksakan maka masyarakat Aceh menilai ini adalah bahagian dari penghambatan pemberlakuan Syariat Islam yang dilakukan Pusat terhadap Aceh.

Dengan demikian tuntutan ini kami sampaikan, sudah semestinya Syariat Islam di Aceh menjadi contoh untuk menggapai masyarakat Madani yang kita cita-citakan bersama.

Mahasiswa Untuk Syariat Islam ( Mahsyar )

Banda Aceh, 6 November 2009

(Faisal Plimbang )

Koordinator Aksi







1 ulasan:

Syahid berkata...




Bismillahir Rahmanir Rahim

Salam dan selawat

Kepada:

Mahasiswa
Institut Teknologi Bandung (ITB), Bandung, Indonesia.

Pertanyaan mahasiswa: Adakah kalian bersetuju semua sahabat itu sesat kecuali 3 orang: Miqdad bin Aswad, Abu Dzar dan Salman al-Farisi menurut sumber Syiah?

Jawapan 1.

Al-Qur'an sebagai asas agama Islam

Sesat atau kafirnya seorang muslim termasuk sahabat, adalah terletak kepada sejauh mana mereka percaya dan menghayati ajaran al-Qur'an dalam kehidupan mereka.

Jawapan 2

Sunnah Nabi saw sebagai asas agama Islam selepas al- Qur'an.

2. Sejauh mana mereka percaya dan menghayati Sunnah Nabi saw dalam kehidupan mereka.

Jawapan 3

3.Justeru, ia bukan soal kalian bersetuju atau pun tidak dengan seorang itu sesat atau kafir kerana ia berkait rapat dengan sistem nilai yang diakui oleh Allah dan Rasul-Nya.

Jawapan 4

4. Sumber Sunni tentang kesesatan atau kekafiran majoriti para sahabat Nabi saw selepas kewafatan Nabi saw kerana mereka telah mengubah Sunnah Nabi saw, boleh didapati dalam Sahih al- Bukhari, Kitab al-Riqaq, bab al- Haudh, hadis no.584, 585,586, dan 587.
Hadis no. 587 menyatakan bahawa mereka (sahabat) telah murtad ke belakang. Justeru, aku tidak melihat mereka (sahabat) terselamat melainkan segelintir daripada mereka (bilangan yang sedikit) seperti unta yang tersesat atau terbiar daripada pengembalanya (mithlu humali nna'am).

Jawapan 5

5. Sahih Muslim, bab Ithbat Haudhi Nabiyyi-na menyatakan bahawa hanya sedikit sahaja sahabat yang selamat kerana mereka telah mengubah Sunnah Nabi saw. Lihat, hadis no. 26, (2290), (2291), no. 27 (2293), 28, (2294), 32 (2297), 40 (2304).

Hadis no. 29 (2295) " Sesungguhnya aku akan mendahului kamu di Haudh. Tidak ada seorang pun daripada kamu (para sahabatku) akan mendatangiku sehingga dia akan dihalau atau diusir daripadaku sebagaimana dihalau atau diusir unta yang sesat (bilangan yang sedikit).
Aku bersabda: Apa salahnya? Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka. Jauh! Dari rahamat Tuhan (suhqan).

Jawapan 6

Al-Qur'an

6. Hanya sedikit sahaja di kalangan orang Islam yang mengikut al-Qur'an 100% sebagaimana Firman-Nya Surah al-Saba' (34): 13 " dan sedikit sahaja di kalangan hamba-hamba-Ku yang berterima kasih". Ini bererti kebanyakan orang-orang Islam sama ada sahabat atau bukan sahabat sedikit sahaja yang berterima kasih. Justeru, mereka disiksa oleh Allah swt kerana tidak berterima kasih.

Jawapan 7

7. Sila baca teks Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim tentang kekafiran majoriti para sahabat kerana mereka telah mengubah Sunnah Nabi saw. Justeru, ia menyalahi akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang percaya semua sahabat adalah adil.

Jawapan 8

8. Kekafiran majoriti para sahabat selepas kewafatan Nabi saw sengaja disembunyikan oleh para ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan Wahabi di Nusantara. Mereka meninggalkan penerjemahan bab al- Haudh dari Sahih Bukhari dan Sahih Muslim ke dalam bahasa ibunda. Justeru, umat Islam di Nusantara tidak mengetahuinya, lalu mereka menuduh Syiah mengkafirkan para sahabat Nabi saw pula. Pada hakikatnya, Nabi saw sendiri yang telah mengkafirkan majoriti para sahabatnya kerana mereka telah menguban Sunnahnya menurut Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.

Jawapan 9

9. Sila lihat, renungan 92. "Pengubahan al-Qur'an (Tahrif al-Qur'an) dalam buku-buku Sunni, Pengubahan Sunnah Rasulullah saw, penghinaan terhadap Rasulullah saw oleh para sahabat dan kekafiran majoriti para sahabat oleh Rasulullah saw sendiri" sila layari: al-mawaddah. info

Oleh: Pencinta al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAW.

sila rujuk:

https://drive.google.com/file/d/0B6ut4qmVOTGWQXF6VWJRNkdZYmdMS25Da2NkRkU1YjVaLWRz/view?usp=drivesdk

https://drive.google.com/file/d/0B6ut4qmVOTGWY0dEVk9UekR1c0E/view?usp=drivesdk

https://drive.google.com/file/d/0B6ut4qmVOTGWdXZubUJzRHllXzQ/view?usp=drivesdk

https://drive.google.com/file/d/12aImJbBv1e0cSE6vBNmVsjG7Wk8fmvKr/view?usp=drives

Web: almawaddah.info