Isnin, 19 Oktober 2009

Ulasan Buku: Jika Masih Ada Yang Mempertanyakan Jihadku

Jika Masih Ada Yang Mempertanyakan Jihadku

Imam Samudra


Buku setebal 160 halaman ini adalah sebuah catatan terakhir Imam Samudra saat mendekam di Penjara Nusakambangan, Cilacap, Jawa Tengah beberapa waktu sebelum beliau bertiga ( Imam Samudra, Amrozi dan Ust Ali Ghufron @ Mukhlas ) dijatuhkan hukuman mati tahun 2008 lalu. Tulisan beliau ini adalah sebagai bantahan terhadap buku ‘Melawan Pemikiran Aksi Bom Imam Samudra & Noordin M.Top’ yang ditulis oleh Nasir Abbas sebagai menjawab juga terhadap buku Imam Samudra yang terdahulu iaitu Aku Melawan Teroris. Nasir Abbas adalah abang kepada Ustazah Faridah Abbas iaitu isteri kepada Ust Ali Ghufron @ Mukhlas.


Antara lain, dalam tulisannya, Nasir Abbas mengganggap bahawa aksi bom bunuh diri ( baca: bom syahid / amaliyyah al-istisyhadiyyah ) yang dilakukan oleh aktivis Islam pada hari ini adalah kerana mereka berlebihan dalam memahami ayat Surah Az-Zariyat : 56 – dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada ku. Maka para aktivis Islam melaungkan slogan ‘ Hidup Adalah Ibadah’. Akhirnya ada yang berlebihan dalam memahaminya sehingga menjadi frustasi untuk hidup didunia, tidak memiliki harapan ibadah lain sehingga rela melakukan bunuh diri dengan harapan dapat segera hidup diakhirat yang diyakini lebih baik dari hidup didunia. Beliau juga menggunakan istilah ‘aktivis radikal’ dan ‘khawarij’ kepada para Mujahid ini.


Dalam beberapa halaman dari buku tersebut, Nasir Abbas cuba membentuk minda pembaca agar menerima kenyataan bahawa peperangan yang diisytiharkan oleh para Mujahid ini adalah kerana kebencian kepada kaum kafir yang berlebihan hasil dari pemahaman yang keliru terhadap ayat Al-Qur’an. Bahkan tulisan beliau juga penuh dengan kritikan terhadap para mujahid-mujahid ini dan dalam masa yang sama membela pemerintah Indonesia. Beliau turut mengulas mengenai pengeboman pusat peranginan, Bali dan kematian Dr.Azhari.


Maka, buku ‘Jika Masih Ada Yang Mempertanyakan Jihadku karya Imam Samudra dibalik jeriji besi ini adalah sebagai menjawab buku karya Nasir Abbas tersebut. Didalamnya, Imam Samudra menggunakan istilah ‘ polisi Nasir’ , ‘boneka’ , ‘bekas Mujahid’ dan sebagainya kepada beliau. Imam Samudra mengkritik tindakan beliau yang sanggup bersama Densus 88 (pasukan anti teroris Indonesia) memburu para Mujahid dengan mendedahkan tempat mereka dan sebagainya.


Ketika membicarakan mengenai abang iparnya ( Nasir Abbas ) ini, Ust Ali Ghufron @ Mukhlas pernah menyatakan dihadapan anak-anaknya, “ Ami (pakcik) ini sedang didalam fitnah (terkena ujian)”. Dikatakan bahawa, dahulunya Nasir juga adalah ‘bersama’ mereka.


Antara kandungan buku Imam Samudra ini adalah : Penjelasan mengenai Darul Islam dan Darul Harbi, Hukum Terhadap Pemerintah Indonesia yang tidak melaksanakan Syariat Islam, pengkafiran terhadap Muslim yang kufur kepada Allah, penjelasan mengenai Thoghut, pemahaman tentang Qishas ( sebagaimana yang beliau dan teman-temannya lakukan terhadap kafir di Bali ), jenis-jenis kafir, kafir yang boleh diperangi, aturan peperangan dalam Islam serta At-Tatarrus ( orang Islam dijadikan benteng bagi orang kafir untuk mereka (orang kafir) menyelamatkan diri ), apakah orang Islam terpaksa dikorbankan atau tidak dan lain-lain. Tulisan beliau sarat dengan dalil-dalil dari Al-Qur’an, Hadith Nabi, fatwa para ulama, dalil-dalil dari Sirah para sahabat dan fatwa para ulama yang terjun ke medan jihad seperti As-Syahid Dr.Abdullah Azzam dan sebagainya. – Wallahua’lam.

Tiada ulasan: