Selasa, 15 Jun 2010

Perginya Seorang Tokoh Gerakan Islam di Malaysia

Mungkin saya antara generasi baru yang memang kurang mengetahui dengan banyak mengenai sosok tubuh Al-Fadhil Ust Hj Hassan Shukri. Saat ia memikul amanah sebagai Tim.Pres.PAS dan Setiausaha Agung PAS, entah umur berapa saya pada saat itu. Namun, hanya dari sedikit pembacaan dan perkongsian maklumat dari beberapa orang ustaz, yang menyebabkan saya mengenalinya.


Kali pertama bertentangan mata secara dekat dengan Al-Marhum (InsyaAllah), jika tidak salah pada tahun 2007 atau 2008. Saat itu kami mahasiswa Pahang yang bernaung di bawah Ikatan Pelajar Pahang (IPP) mengikuti sebuah program yang dilaksanakan di Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar. Ketika itulah, kami sempat melihat kelibat beliau yang sedang sibuk memegang peralatan bertukang untuk membaiki beberapa kerosakan dibangunan tersebut. Bahkan, tidak hairanlah jika ada yang bertemu beliau saat beliau memegang penyapu atau cangkul bagi membersihkan persekitaran pusat pergerakan Islam ini.


Air mata saya sempat mengalir atas dua hal. Pertama, apabila melihat foto jenazah beliau dan ribuan umat Islam yang mengiringi jenazahnya termasuk Dato’Seri Anwar, Dato’ Seri Khalid Ibrahim (MB Selangor), Dr.Asri (mantan Mufti) dan puluhan ulama yang bersama dalam gerakan Islam di Malaysia (PAS). Untungnya yang menyolatkan beliau adalah Tn.Guru Hj Abdul Hadi Awang, pimpinan PAS yang dikenal oleh seluruh gerakan Islam dunia. Alangkah untungnya apabila beliau disolatkan oleh orang-orang yang sholeh. Kedua, air mata saya mengalir membasahi pipi melihat foto Tn.Guru Nik Abdul Aziz yang menangis beberapa detik sebelum dilaksanakan solat jenazah pagi tadi.


Ya Allah! Engkau terimalah pengorbanan beliau dalam perjuangan Islam di Malaysia dan dimana-mana ia pernah berjuang. Ia bersama PAS disaat susah dan senang, mnghadapi ujian-ujian berat yang PAS lalui. Keikhlasan beliau Engkau persaksikanlah Ya Allah. Beliau menghadapMu seusai bersama Muktamar PAS yang ke-56. Akhir hidupnya bersama dalam gerakan Islam – Al-Fatihah.


Foto saya copy dari pelbagai sumber. Lain-lain gambar sekitar pemergian beliau, boleh lihat disini: http://muslimeen-united.blogspot.com/ dan http://politikbanjar.blogspot.com/ dan http://kedahlanie.blogspot.com/

Tiada ulasan: