Ahad, 10 Januari 2010

Takziah Atas Pemergianmu...

Takziah saya ucapkan kepada ahli keluarga dan sahabat-sahabat terdekat kepada kekanda Fauzi bin Azizan yang telah kembali ke pangkuan Ilahi Jumaat, 8 Jan 2010 sekitar jam 2.25 petang semalam di Hospital Selayang. Beliau terlibat dalam kemalangan jalanraya pada 31 Dis 2009 lalu di Chenor, Maran, Pahang dan mengalami pendarahan teruk dibahagian kepala sehingga koma.


Beliau merupakan bekas pelajar Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini (Ma’ahad Sas) Bandar Jengka, Pahang pada tahun 1996-2000. Kemudian melanjutkan pengajian ke Ma’ahad Tahfiz Shoubra, Mesir dan diberikan tanggungjawab berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Ma’ahad Sas sebagai guru tajaan ASPA. Beliau berasal dari Felda Jengka 20.


Sepulangannya dari Al-Azhar, Mesir, beliau terus aktif bersama teman-teman didalam organisasi mahasiwa lepasan Al-Azhar yang dikenal sebagai ILMAM, Pahang. Allahyarham telah meninggalkan seorang isteri yang juga anggota ILMAM Pahang, Ukhti Saholyatul Aqmar yang kini sedang mengandungkan anak yang pertama 7 bulan.


Penulis sempat bersama beliau di Ma’ahad Sas ketika menuntut di sana pada tahun 1999-2003. Wataknya agak pendiam, namun baik orangnya. Alhamdulillah, sempat bersama beliau dalam program Ijtima’ beberapa buah Badan Dakwah Sekolah-Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang yang diadakan di Temerloh beberapa hari selepas ‘Idul Fitri baru-baru ini. Mudah-mudahan Ust Fauzi, abang dalam perjuangan, dimasukkan bersama golongan yang beriman di syurga kelak, InsyaAllah. Inna lillah wa inna ilaihi roji’un.


Maklumat dari: http://syababghardhuffaz.blogspot.com/


Tiada ulasan: