Sabtu, 27 Mac 2010

Atas Nama Hak Asasi, Kongres Gay dan Lesbian Dibuat di Surabaya, Indonesia

Forum Umat Islam (FUI) Indonesia semalam (Jumaat) melakukan aksi penyerbuan ke Hotel Oval di Jalan Diponegoro, Surabaya. Aksi tersebut dilakukan dalam rangka mengarahkan para peserta kongres Gay dan Lesbian yang diberi nama konferensi International Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender dan Intersex Association (ILGA) ke-4 tingkat Asia agar keluar dari hotel berkenaan. Kongres atau konferensi ini dijadualkan berlangsung bermula 26 sehingga 28 Mac (esok) dan disertai oleh 20 buah negara-negara di Asia yang terdiri sekitar 135 orang.


Konferensi ini dilakukan dengan tujuan membahas isu krusial bagi perjuangan penegakan hak asasi manusia (HAM) bagi kaum lesbian, gay, bisexual dan transgender (LGBT) seluruh Indonesia maupun dunia, yang telah lama dimarginalkan dan penuh stigma serta diskriminasi.

Menurut Widodo Budi Darmo, Program Manager Arus Pelangi, “Kita akan saling berbagi pengalaman, pengetahuan dan semangat kerja. Serta perkembangan-perkembangan terkini mengenai perjuangan kelompok-kelompok LGBT di Asia menjadi sorotan utama dalam konferensi ini.”


Widodo menjelaskan bahawa, ILGA mewakili 560 organisasi LGBT yang berada di 90 buah negara termasuk Indonesia. Menurut Widodo, Indonesia seharusnya memberi perlindungan kepada kelompok ini (lesbian dan gay dll) kerana tidak ada undang-undang di Indonesia yang melarang percintaan sesama jenis. Walaupun Indonesia negara umat Islam terbesar, namun ia bukan negara Islam.


Berikutan perencanaan acara tersebut, FUI Indonesia, Majlis Ulama Indonesia (MUI) Jawa Timur (diwakili oleh K.H Abdussomad Bukhori), Front Pembela Islam (FPI), Hizbut Tahrir Indonesia (HTI) mengeluarkan kenyataan membantah konferensi berkenaan. Pada awalnya, pihak penganjur nekad untuk meneruskan acara dengan menyembunyikan tempat acara berlangsung. Namun, akhirnya diketahui mereka mengadakannya di hotel berkenaan dengan acara ditukar kepada bentuk gathering. Semalam (Jumaat) sekitar jam 2 sehingga 3 petang, Forum Umat Islam (FUI) terus menuju ke hotel berkenaan dan berlakulah aksi dorong mendorong antara mereka dan peserta konferensi gay dan lesbian tersebut sehinggalah akhirnya dileraikan oleh pihak pengamanan hotel dan polis.


Pada hari yang sama, Hizbut Tahrir Indonesia (HTI) melakukan demonstrasi di hadapan pejabat Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Kota Surabaya mengecam liberalisasi dan konferensi ILGA ini. Sekitar 500 anggota HTI terlibat dalam demonstrasi tersebut.

Front Pembela Islam (FPI) pula meminta kerjasama mereka agar meninggalkan hotel dengan baik sebelum massa yang lebih ramai mendatangi hotel berkenaan dan terjadi perkara yang tidak diingini. FPI memberi jaminan bahawa mereka akan menjaga keamanan para peserta dari luar negara untuk menuju ke bandara (airport). Bagi peserta dari Indonesia, FPI meminta pulang segera ke rumah dan tunggu untuk dibina (ditarbiyyah) dan jika tidak mahu dibina, keluar sahaja dari Surabaya ini, tegas FPI.

Perkembangan terkini, dikatakan acara berkenaan dihentikan.


Gambar dari: website ar-rahmah.com dan hizbut tahrir Indonesia.

Tiada ulasan: